SANDAKAN: Seorang lelaki yang dipercayai
merompak seorang wanita di sini berjaya diberkas polis dengan bantuan orang
awam, Isnin.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Sandakan Superitendan Fadzil Mohd Ali berkata, dalam
kejadian pukul 1.30 petang itu, mangsa, seorang wanita berusia lingkungan 30-an
sedang duduk di dalam kereta sambil menunggu seorang rakannya.
Seorang
lelaki kemudian tiba-tiba masuk ke dalam kereta tersebut dan mengacukan sebilah
pisau ke pinggang kiri mangsa, katanya.
"Mangsa
yang ketakutan bertindak menyerahkan telefon bimbitnya kepada suspek dan terus
menjerit meminta pertolongan setelah suspek melarikan diri," katanya di sini,
Selasa.
Menyedari kejadian itu, orang
awam mengejar dan berjaya menangkap suspek sebelum menyerahkannya kepada polis,
katanya.- Bernama