Selasa, 16 Februari 2016

PASANGAN KEKASIH AKTIF PECAH RUMAH DIBERKAS

Batu Gajah - Perbuatan sepasang kekasih memecah masuk puluhan rumah di sekitar Batu Gajah dan Ipoh dekat sini sejak 10 tahun lalu terbongkar selepas kedua-dua mereka diberkas dalam satu serbuan di Taman Ipoh di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, suspek lelaki berumur 31 tahun dan teman wanitanya berusia 34 tahun itu ditahan semasa polis menyiasat satu kes pecah rumah sertakehilangan kereta membabitkan seorang guru di Pusing di sini pada 3 Februari lepas.

SOROK DADAH DI BANGSAL KUDA TERBONGKAR

Kota Bharu - Satu sindiket pengedaran dadah yang menjadikan sebuah bangsal kuda sebagai tempat simpanan barang larangan itu terbongkar selepas sepasukan polis menyerbu premis terbabit dan menemui sebanyak 558 pil kuda bernilai RM16,470 di Jalan Sabak, Kampung Teluk Kitang di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8.35 malam itu, seramai lima lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan tiga berusia antara 15 hingga 45 tahun yang berada di bangsal terbabit turut ditahan.

Polis Tahan Tiga Lelaki Warga Indonesia Bantu Siasatan Kes Rompakan

KUCHING, 16 Feb (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki warga negara Indonesia berusia antara 24 dan 26 tahun bagi membantu siasatan kes rompakan di rumah seorang ahli perniagaan di Jalan Pusataka, Petra Jaya pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan dan ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, ahli perniagaan terbabit serta isteri dan tiga anaknya diikat oleh perompak bersenjata sebelum rumah mereka digeledah dan barangan serta wang tunai bernilai RM60,000 telah dilarikan perompak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...