Batu
Gajah - Perbuatan sepasang kekasih memecah masuk puluhan rumah di sekitar Batu
Gajah dan Ipoh dekat sini sejak 10 tahun lalu terbongkar selepas kedua-dua
mereka diberkas dalam satu serbuan di Taman Ipoh di sini malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner
Mohd Nasri Omar berkata, suspek lelaki berumur 31 tahun dan teman wanitanya
berusia 34 tahun itu ditahan semasa polis menyiasat satu kes pecah rumah sertakehilangan kereta membabitkan seorang guru di Pusing di
sini pada 3 Februari lepas.
Katanya,
hasil risikan polis, pasangan itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi dan beberapa
barangan curi termasuk kereta Nissan Almera, dua komputer riba dan tujuh
telefon bimbit pelbagai jenama ditemui.
"Polis
percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes pecah masuk kediaman
yang dilaporkan sejak beberapa bulan lalu " katanya.
Sumber -
Kosmo