Khamis, 9 Ogos 2012

Geng Bateri mengganas

Gambar hiasan
IPOH: Pemilik kereta sekitar bandar raya ini dihantui kebimbangan apabila muncul penjenayah ‘Geng Bateri’ yang dikesan menyasarkan bateri yang dipasang pada kereta sebagai buruan utama kegiatan sejak beberapa bulan lalu.

Suspek yang dipercayai bergerak secara berkumpulan dikesan mempunyai kebolehan untuk membuka bonet kereta mangsa tanpa dapat dikesan alat penggera kenderaan berkenaan.

Dalam kes terbaru kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, lima kereta milik guru sekolah menengah di sini, dicerobohi penjenayah yang melarikan lima bateri kereta itu serentak ketika kenderaan mangsa diletakkan di kawasan lapang berhampiran Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Choy, Jalan Kuala Kangsar, di sini.

Dalam kejadian itu, kelima-lima guru berkenaan dikatakan meletakkan kereta di kawasan lapang di luar sekolah berkenaan ketika menghadiri aktiviti di sekolah.


Gara-gara lalai kereta disamun

Gara-gara lalai kereta disamun
Kereta pacuan empat roda yang disamun dijumpai terbabas di Jalan Kampung Bali.

SERI ISKANDAR - Gara-gara lalai ketika mahu mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran Universiti Teknologi Petronas (UTP), dua kontraktor ikan berputih mata apabila kenderaan mereka dilarikan pada 30 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi apabila pemandu kereta bersama seorang rakannya yang juga kontraktor ikan dalam perjalanan dari Manjung menuju ke Ipoh dan berhenti di stesen itu untuk mengisi minyak.
Menurutnya, pemandu terbabit kemudiannya keluar untuk membayar minyak di kaunter, manakala rakannya keluar sebentar untuk merehatkan badan.
"Secara tiba-tiba seorang lelaki meluru masuk ke  dalam kereta sebelum bertindak melarikan kereta berkenaan.

Penyamun pecah cermin guna kapak


Pecah cermin guna kapak
BALING - Sebanyak RM81,000 gaji pekerja Ladang Kupang berdekatan Kampung Tanjung Merbau, Mukim Kupang lesap dalam kejadian samun bersenjata di ladang terbabit kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.
Kejadian berlaku ketika pengurus ladang berkenaan bersama dua pekerjanya dalam perjalanan pulang membawa wang berkenaan untuk diserahkan kepada kira-kira 100 pekerja ladang itu.
Pengurus ladang, Ahmad Zaki Hussin berkata, kereta yang dinaikinya itu ditahan empat lelaki yang menaiki motosikal.
“Pekerja saya yang juga pemandu kereta memperlahankan kenderaan kerana tidak menyangka keempat-empat lelaki terbabit adalah penyamun.
Menurutnya, dia dan pekerja lain tergamam setelah mendapati dua daripada lelaki terbabit mengeluarkan parang dan kapak seterusnya memecahkan cermin tingkap kenderaan mereka.

Kes curi kenderaan meningkat


Kes curi kenderaan meningkat
SUNGAI PETANI –  Kecuaian pemilik kenderaan yang tidak mengaplikasikan aspek keselamatan terhadap kenderaan masing-masing antara faktor yang paling mudah mendorong berlakunya kecurian kenderaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, kecuaian merupakan faktor utama selain  kegiatan yang didalangi bekas banduan yang kerap kali keluar masuk penjara adalah faktor berlakunya jenayah kecurian kenderaan di daerah ini.
Menurutnya, orang ramai perlu peka terhadap keselamatan kenderaan bagi mengekang gejala itu yang dilihat semakin meningkat berdasarkan statistik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.
“Walaupun kadar jenayah di Kuala Muda ini tidaklah tinggi tetapi kes kecurian kenderaan menunjukkan peningkatan.
“Pada 2010, sebanyak 1,475 kes dilaporkan melibatkan kecurian motokar, motosikal, van dan lori manakala pada 2011, sebanyak 2,086 kes dicatatkan. Bagaimanapun, tujuh bulan pertama 2012, sebanyak 832 kes sudah pun dilaporkan.

Samun stesen minyak kerap berlaku di bulan puasa


Samun stesen minyak kerap berlaku di bulan puasa
KULIM - Kerjasama diperlukan di antara pengusaha stesen minyak dengan polis untuk memastikan keselamatan premis sentiasa dipantau.
Pengurus Shell Zon Utara, Nur Zata Ismah Yusof berkata, pengusaha stesen minyak perlu mempunyai hubungan rapat dengan polis untuk memastikan semua stesen minyak berada dalam keadaan selamat.
“Dari kajian dibuat menunjukkan, kejadian samun di stesen minyak selalunya berlaku di bulan puasa.
"Dengan adanya program seperti berbuka puasa bersama, ia bukan sahaja merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota polis dengan kakitangan stesen minyak, tetapi ia akan memastikan keselamatan premis itu sendiri,” katanya.
Dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada polis yang sentiasa membuat rondaan di stesen minyak di sekitar Kulim dan berharap hubungan baik itu dengan polis akan berterusan.

Dirogol lima lelaki menyamar jadi pegawai cegah maksiat

Gambar hiasan

KOTA BHARU- Seorang wanita dipercayai dirogol bergilir-gilir lima lelaki di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas di sini selepas didatangi dua individu tidak dikenali menyamar sebagai anggota pencegah maksiat, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, dipercayai mangsa keluar berjumpa dengan teman lelakinya jam 2 pagi di bawah Jambatan Tanjung Mas.
Lai berkata, semasa pasangan terbabit sedang berbual, tiba-tiba terdapat dua lelaki tidak dikenali menghampiri pasangan itu dan menyamar sebagai anggota pencegah maksiat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...