Selasa, 12 Jun 2012

Perompak larikan RM200,000 dalam 15 minit

Image Detail
Gambar hiasan
GEORGETOWN - Sekumpulan lima orang perompak bertopeng melarikan wang tunai dan barangan kemas berharga lebih RM200,000 dalam masa 15 minit dari sebuah rumah yang didiami lima sekeluarga di Batu Ferringhi di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, pada kejadian jam 4 pagi itu, lima lelaki dipercayai warga Indonesia memecah masuk rumah teres dua tingkat di Mount Pleasure, Changkat Ria ketika penghuninya  nyenyak tidur.


Pengutip hutang mati dibunuh atas jirat

Mayat pengutip hutang
Mayat pengutip hutang yang ditemui di kawasan Tanah Perkuburan Cina Kwong
Tong, Jalan Kerayong, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR - Seorang pengutip hutang ditemui mati dalam keadaan mulut serta hidung berdarah di kawasan Tanah Perkuburan Cina Kwong Tong Jalan Kerayong, di sini, semalam.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditemui terlentang oleh penduduk berhampiran kira-kira jam 10 pagi.

Difahamkan, penduduk berkenaan pada mulanya menyangka lelaki berasal dari Sabah itu sedang tidur, tetapi setelah diperiksa, mendapati sudah tidak bernyawa dan membuat laporan polis.

Peniaga cedera, rugi RM 70,000 dirompak 2 lelaki bersenjatapi

Image Detail
BUKIT MERTAJAM - Seorang peniaga cedera pada bahagian kepala dan kerugian lebih RM70,000 selepas disamun dua lelaki dipercayai bersenjatakan pistol di rumahnya di Taman Desa Damai, di sini awal pagi semalam.
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah berkata pada kejadian pukul 5 pagi itu, dua perompak yang menaiki kereta jenis Proton Waja memecah masuk rumah mangsa.

Polis jejaki seorang lelaki bantu siasatan kes bunuh

Image Detail
Gambar hiasan
SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan sedang menjejaki seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat lelaki berumur 50-an dengan kesan tikaman di tepi jalan utama Linggi-Lubuk Cina, Rembau pada 15 Mei lepas.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Hamdan Majid berkata lelaki itu, Ausman Mohd Dahlan atau lebih dikenali dengan panggilan Din, 50, beralamat terakhir No.5, Lorong Jaya 1, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dan 389, Lorong Teluk 5, Kampung Teluk, Pasir Panjang, Batu 16, Port Dickson.
  

Pemilik kedai besi buruk mati diserang 20 lelaki

SIVANESAN
SELAYANG - Seorang lelaki, R Sivanesan, 36, yang sedang rancak berbual bersama abang dan dua lagi rakannya maut ditikam individu tidak dikenali di Taman Sri Murni Jinjang di sini, semalam.

Menurut sumber, Sivanesan diserang sekitar jam 4.30 petang semalam, berhampiran rumah mangsa dan juga kedai besi buruk miliknya, yang terletak 50 meter dari lokasi kejadian.

Sumber berkata sewaktu mangsa sedang berbual, tiba-tiba sebuah kereta jenis Waja melanggar motosikal milik salah seorang rakannya sebelum mereka keluar membawa parang.

Pekerja kilang mati ditikam

Image Detail
Gambar hiasan
TUMPAT - Seorang pekerja kilang yang pulang bercuti di kampungnya sejak dua minggu lepas, mati ditikam di Kampung Belian, Palekbang, di sini malam tadi.

Mohd Al-Serenadi Mat Rahim, 26, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Tumpat.

Terdapat satu kesan tikaman senjata tajam pada dada kiri mangsa, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman kepada pemberita di sini, hari ini.

Warga emas mati ditembak enam kali

Image Detail
Gambar hiasan
SEGAMAT - Seorang warga emas dijumpai mati ditembak di sebuah stesen minyak ketika sedang mengisi minyak kenderaanya awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 7.45 pagi ketika mangsa sedang mengisi minyak di Jalan Genuang di sini.

Siasatan awal mendapati mangsa, Lim Ching Hoon, 63, orang tempatan dari Kampung Paya Pulai telah didatangi oleh sebuah motorsikal yang masih belum diketahui identiti dan kenderaan.

“Pihak kami mendapati mangsa telah ditembak dari jarak dekat, enam das kesemuanya yang telah mengenai bahagian kepala dan kaki mangsa,” katanya kepada pemberita.

TINDAKAN PERLU DIAMBIL MEMBERSIHKAN MARWAH PDRM & HOSPITAL ???

Hospital Malaysia tidak terlibat

KUALA LUMPUR 11 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan bahawa hospital di negara ini menjalankan aktiviti pemindahan organ manusia secara haram.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, laporan beberapa akhbar dan agensi berita tahun lalu yang memetik kenyataan dua lelaki warga Bangladesh mendakwa hospital di negara ini menjalankan aktiviti tersebut adalah tidak benar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...