Khamis, 5 Mac 2015

Bekas anggota 
polis maut ditikam


ALOR SETAR 4 Mac - Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan tikaman dipercayai diserang sekumpulan lelaki di hadapan deretan rumah kedai di Taman Anggerik di sini hari ini.

Mangsa, Ang Kean Eng, 32, yang merupakan seorang bekas anggota polis ditikam dibahagian dada, perut dan dahi dan ditemui terbaring berlumuran darah kira-kira pukul 1.35 pagi hari ini.

Kean Eng dipercayai diserang dengan menggunakan pisau oleh kumpulan lelaki berkenaan dan terjatuh lalu meninggal dunia kira-kira 50 meter dari tempat dia diserang.

Ops LICIN 2: 14 penguat kuasa empat 
agensi ditahan SPRM


KUALA LUMPUR 4 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan mereka bukan menyasarkan satu agensi penguat kuasa sahaja dalam melaksanakan Op Licin 2.

Ini dibuktikan dengan penahanan 14 individu lagi termasuk anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kerana dipercayai bersubahat dalam kes penyeludupan dan penjualan petrol ke negara jiran.

Mereka yang ditahan terdiri dari­pada lima anggota KPDNKK, tiga pegawai JKDM dan dua Pasukan Gerakan Am (PGA) serta seorang anggota tugas am Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Rakyat Malaysia terlibat IS tidak bergaul penduduk setempat


ALOR GAJAH, 4 Mac: Seorang rakyat Malaysia dari Durian Tunggal di sini yang dipercayai terlibat dengan kegiatan kumpulan militan Islamic State (IS), tidak bergaul dengan penduduk setempat di kawasan itu, kata seorang penduduk di situ.



Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Andy berusia 40-an berkata lelaki terbabit yang merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik ini juga dipercayai seorang penagih dadah dan gemar bersosial.

Militan IS: Dua rakyat Malaysia dipercayai terlibat sembelih tawanan


KUALA LUMPUR, 4 Mac: Dua rakyat Malaysia yang terlibat dengan kegiatan militan IS di Syria dipercayai turut terlibat dengan insiden menyembelih seorang rakyat Syria yang ditawan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata identiti kedua-duanya di dalam video berkenaan telah dikenal pasti.

Lelaki bersenjata larikan wang RM500,000

GEORGE TOWN, 4 Mac: Dua lelaki bersenjatakan pistol bertindak melepaskan tembakan sebelum melarikan kira-kira RM500,000 dalam satu kejadian rompakan membabitkan sebuah van syarikat keselamatan di Bayan Baru, hari ini.

Suspek dilaporkan berada di lokasi kira-kira jam 11 pagi dengan motosikal yang memiliki nombor pendaftaran palsu.

Lelaki ditahan miliki senjata paintball tanpa lesen


DESA TEBRAU, 4 Mac: Seorang lelaki ditahan kerana memiliki dan menjual 96 laras senjata paintball pelbagai jenis tanpa lesen yang sah dalam satu serbuan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...