KUALA LUMPUR, 4
Mac: Dua rakyat Malaysia yang terlibat dengan kegiatan militan IS di Syria
dipercayai turut terlibat dengan insiden menyembelih seorang rakyat Syria yang
ditawan.
Ketua Penolong
Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayub
Khan Mydin Pitchay berkata identiti kedua-duanya di dalam video berkenaan telah
dikenal pasti.
Ia berikutan
satu rakaman video berdurasi 30 saat telah dimuat naik di laman sosial Facebook
milik individu yang menggunakan nama Abu Hamzah Al Fateh pada 22 Februari lalu.
“Individu yang
merekod video berkenaan berumur 20 tahun berasal dari Gurun, Kedah dan telah ke
Syria pada 23 September tahun lepas manakala individu yang berada di sebelah
mayat yang disembelih itu berasal dari Durian Tunggal, Melaka dan telah ke
Syria pada 26 Januari lepas dan merupakan pemilik akaun FB Abu Hamzah Al
Fateh,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Rakaman video
itu merekodkan seorang lelaki warga Syria disembelih seorang lelaki Arab kerana
didakwa menjadi pengintip kerajaan Syria.
“Video ini juga
merupakan rakaman video pertama yang kita peroleh dengan menunjukkan kehadiran
rakyat Malaysia di lokasi kejadian…Facebook milik individu yang menggunakan
nama Abu Hamzah Al Fateh ini, juga dikesan masih aktif,” katanya.