Khamis, 5 Mac 2015

Lelaki bersenjata larikan wang RM500,000

GEORGE TOWN, 4 Mac: Dua lelaki bersenjatakan pistol bertindak melepaskan tembakan sebelum melarikan kira-kira RM500,000 dalam satu kejadian rompakan membabitkan sebuah van syarikat keselamatan di Bayan Baru, hari ini.

Suspek dilaporkan berada di lokasi kira-kira jam 11 pagi dengan motosikal yang memiliki nombor pendaftaran palsu.


Dua lelaki bersenjata itu kemudiannya bertindak menyerbu van berkenaan sebelum melarikan wang tunai yang baru dikeluarkan daripada sebuah bank.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mazlan Kesah yang berada di tempat kejadian berkata, insiden itu berlaku ketika pengawal keselamatan sedang memindahkan wang dari bank berkenaan ke van keselamatan.


Mazlan berkata, salah seorang pengawal keselamatan yang bertugas sempat melepaskan tembakan dan dipercayai mencederakan salah seorang daripada suspek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...