KOTA KINABALU, 3 Julai (Bernama) -- Polis Diraja
Malaysia (PDRM) bertekad untuk memburu mana-mana individu atau kumpulan yang
dipercayai terlibat dalam kegiatan militan, kata Timbalan Ketua Polis Negara
Tan Sri Mohd Bakri Zinin.
Beliau berkata PDRM tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan militan termasuk kumpulan Darul Islam yang berpusat di Sabah dan dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan.
Katanya PDRM memandang serius kegiatan militan ekoran beberapa siri tangkapan yang dilakukan di Kedah, Selangor, Perak dan negeri ini baru-baru ini.
"Kumpulan militan yang sedang kita pantau adalah kumpulan warga tempatan yang mendapat latihan di negara jiran, mereka kembali ke Malaysia sebelum bersedia berjihad.