DUNGUN:
Seorang wanita warga emas ditemui mati dengan kedua-dua belah tangan dan
kakinya terikat di dalam ruang tamu rumahnya di Kampung Sura Hujung, di sini
hari ini.
Mangsa, Mariam Kassim, 86, yang tinggal berseorangan
ditemui anggota keluarganya dalam keadaan tertiarap di atas kerusi dalam
rumahnya.
Kejadian itu disedari menantunya, Zakiah Zainal, 59,
kira-kira 12 tengah hari tadi selepas berasa hairan kedai runcit milik mangsa
masih tidak beroperasi seperti biasa.