Ahad, 19 Ogos 2012

Berlagak bagai negara sendiri


KUALA LUMPUR: Ketika warga tempatan berpusu-pusu meninggalkan ibu kota bagi meraikan Aidilfitri di kampung, berlainan pula dengan warga asing yang dilihat semakin ramai membanjiri bandar raya.

Bagaimanapun, kebanjiran warga asing terbabit turut menimbulkan masalah kerana ramai di kalangan mereka degil dan pengotor.

Sebagai contoh, ada warga asing, terutama dari Myanmar, menjual sirih di sepanjang kaki lima bangunan di Lebuh Pudu dan Pasar Seni, menyebabkan kawasan berkenaan dicemari air ludahan sirih yang menjijikkan.

Bukan saja kotor, keadaan sesak yang ‘menghimpunkan’ warga Myanmar terbabit merimaskan, selain mengancam keselamatan rakyat tempatan.


Perompak Warga Asing Mengganas di Rembau

Bertelagah ketika menyamun
Izuan (kanan) memeriksa 29 jahitan dikepala bapanya, Ismail
yang dipukul perompak dengan batang besi paip.

REMBAU – Tindakan seorang perompak memukul kepala mangsa dengan batang paip besi menyebabkan dia dimarahi salah seorang daripada empat ahli kumpulan yang lain dalam kejadian samun di Kampung Anak Air Kundur, di sini, awal pagi semalam.

Rakan perompak berkenaan memarahinya kerana tidak bersetuju dengan tindakan keterlaluan itu, malah salah seorang ahli kumpulan sempat beristighfar apabila melihat mangsa samun berkenaan cedera.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, sekumpulan lima perompak bertindak memecah masuk rumah didiami seorang pesara tentera, Ismail Yunus, 65. di kampung berkenaan.

Ismail berkata, ketika kejadian, dia bersama anak lelakinya tidur di ruang tamu rumah, sementara isteri Ismail, Jainon Jais, 55, tidur dalam bilik.

Menurutnya, dia terpinga-pinga apabila dikejutkan dari tidur oleh lima perompak terbabit.

Penembak tepat kawal keselamatan

PASUKAN polis bermotor melakukan latihan sebelum ditugaskan mengawal
keselamatan awam sepanjang sambutan Aidilfitri. - AGENSI
 

MEDAN, Sumatera Utara - Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri esok, pihak polis di sini akan menggerakkan pasukan polis bermotor dan menempatkan berpuluh-puluh penembak tepat di kawasan-kawasan panas.

Ia dilakukan sebagai usaha memberi keselesaan dan keselamatan kepada orang awam yang pulang beraya menyambut Aidilfitri di kampung halaman.

Pegawai polis daerah Labuhanbatu, Sumatera Utara, AKBP Hirbak Wahyu Setiawan berkata, pihaknya akan mengarahkan 20 penembak tepat yang ditempatkan di empat kawasan panas di wilayah Jalinsum.

Kiosk Bank Dipecah Masuk, Mesin ATM Dilarikan Di Pagi Syawal



KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dilarikan sekumpulan perompak dalam kejadian di sebuah kiosk bank di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, kira-kira 2.30 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kejadian dipercayai dilakukan dalam tempoh sejam itu hanya disedari oleh orang awam selepas mendapati berlakunya kebakaran dari kiosk berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak bomba.

Beliau berkata bomba yang tiba di tempat kejadian pada 4 pagi berjaya memadam kebakaran, yang dipercayai disengajakan hasil penggunaan alat memotong mesin menggunakan 'portable oxcytelene'.

4 polis durjana

Gambar hiasan


SEREMBAN – Lima lelaki termasuk empat polis berpangkat konstabel ditahan selepas dipercayai merogol seorang remaja di sebuah rumah di Port Dickson, 7 Ogos lalu.

Kesemua mereka dikatakan mengenali antara satu sama lain dan bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir di rumah salah seorang daripada mereka.

Menurut sumber,  wanita berusia 19 tahun itu berkenalan dengan salah seorang anggota polis tersebut dua hari sebelum kejadian dan bersetuju mengikut lelaki itu pulang ke rumah.

Katanya, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah sebelum dirogol secara bergilir-gilir.

“Empat lelaki berusia 20 hingga 28 tahun itu dikenalpasti bekerja sebagai polis berdasarkan pakaian seragam yang dipakai salah seorang suspek," katanya di sini, semalam.

Kedai Perkakas Alat Letrik Disamun


PUCHONG: Menyamar sebagai pelanggan sebelum menyamun itu taktik empat lelaki menceroboh kedai alat perkakasan elektrik di Kampung Sri Aman Hilir 1, dekat sini, menyebabkan pemiliknya kerugian RM11,000, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, tiga pekerja berusia 20-an menyusun barang didatangi kereta pacuan empat roda sebelum tiga lelaki menyamar pelanggan masuk kedai seolah-olah mencari barang.


Menurut sumber, pekerja terbabit tidak mengesyaki pada mulanya melayan suspek beberapa minit sebelum mereka keluar dari kedai.



“Selang beberapa minit mereka datang semula dan mengacukan parang ke arah pekerja. Suspek mengarahkan mesin wang dibuka sebelum merampas hasil jualan RM10,000,” katanya.

Warga Iran maut ditikam


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat Iran maut ditikam dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan warganegara sama di hadapan pusat hiburan di Jalan P Ramlee di sini, awal pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, kejadian berlaku jam 2.38 pagi menyebabkan Farhad Sandiani, 32, mati selepas ditikam di bahagian dada sebelah kiri.

"Mangsa disahkan meninggal dunia pukul 3.05 pagi di Hospital Kuala Lumpur," katanya dalam sistem pesanan ringkas di sini, hari ini. 

Zainuddin berkata, siasatan polis kemudian membawa kepada penangkapan seorang lelaki Iran berumur 40 tahun yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu. 

‘Op Selamat’ Tunjuk Hasil Positif Setakat Ini


KUALA LUMPUR, 18 Ogos – ‘Op Selamat’ yang menumpu kepada keselamatan jalan raya dan harta benda yang ditinggal pemilik rumah sempena musim perayaan, menunjukkan hasil positif sejak dilancarkan 12 Ogos lepas.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid berkata ini berdasarkan statistik pada tahun lepas, yang menunjukkan penurunan bagi tempoh sama tahun ini.
“Apa yang saya boleh katakan, matlamat kita ke arah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan jenayah membabitkan harta benda pada musim perayaan ini, adalah postif setakat ini.
“Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya akan keluarkan kedua-dua statistik (kemalangan jalan raya dan harta benda) setelah operasi ini selesai,” katanya kepada pemberita selepas majlis gotong-royong memasak lemang, ketupat, rendang dan dodol di Markas Bridged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...