KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini
berada di tahap siap siaga optimum dengan penambahan kekuatan anggota bagi menghadapi kemungkinan berlaku keganasan menjelang Sidang
Kemuncak ASEAN ke-27 minggu depan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai tuan rumah persidangan itu, keselamatan
setiap pemimpin negara-negara ASEAN dan rakan dialog menjadi keutamaan.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam
Negeri, berkata PDRM khususnya Bahagian Counter Terrorism kini lebih
berhati-hati dan berwaspada terhadap apa jua aktiviti yang disyaki membabitkan
keganasan.