IPOH, 15 Nov (Bernama) --
Pengarah Imigresen Negeri Perak dan seorang penolong penguatkuasa jabatan
berkenaan, yang ditahan reman sejak Khamis lepas kerana disyaki menerima dan
meminta rasuah daripada pemilik sebuah pusat hiburan di Sitiawan, dibebaskan hari
ini.
Peguam Mohamed Yazzer Azzad
Zainudin, yang mewakili kedua-dua suspek, berkata mereka dibebaskan dengan
jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
