BUTTERWORTH - Seorang pegawai Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
berpangkat Ketua Inspektor hari ini telah dituduh menerima suapan daripada
individu yang mempunyai hubungan secara langsung dengan tugas rasminya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhELEQTikxzguRDYMrSMy79zG2vKd8s7a549iie2J2-jZfwTd0QoM1AZ_lV4szOG-aLkDM5iTp788GUxyMiprdCQIZLsPu8BZPRnhegzV_6e2onhewUJ8UVa6DYzXYXwM-qjMbTsmJb2-xL/s1600/Jina_yahoo003.bmp)
Kesalahan berkenaan dilakukan dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh, Nazri Bin Ismail, 52 tahun, telah menerima untuk dirinya satu benda berharga iaitu wang tunai RM300.00 tanpa balasan munasabah daripada Kumaran a/l Munusamy yang sedang mempunyai hubungan secara langsung dengan tugas rasminya.