YDH Timbalan Ketua Polis Johor, Dato' Ismail Bin Yatim menyampaikan Sidang Media |
Pada 18 Mei 2013 11.40 pagi, Pengadu satu lelaki Melayu berumur 31 tahun membuat laporan polis menyatakan pada 18 Mei 2013 jam 11.00 pagi semasa sedang memandu keretanya di kawasan jalan Segamat – Labis, kereta pengadu telah ditahan oleh satu lelaki Cina yang tidak dikenali.
Pengadu dan rakannya telah keluar dari kereta dan tiba-tiba telah datang satu lelaki Cina yang lain yang dikenali telah menetak kawan pengadu menggunakan parang serta mengalami kecederaan di bahagian belakang badan.
Pengadu kemudian bersama seorang lagi rakannya yang bekerja sebagai anggota polis di Pasukan Gerakan Am Bakri, Muar. Berumur 47 tahun dan isterinya telah pergi ke Balai Labis untuk membuat laporan polis.