Gambar hiasan |
SEREMBAN 18 Mei - Usaha memburu seorang lelaki yang dipercayai menggelar leher seorang pemuda sehingga mengakibatkan kematian mangsa di sebuah pusat karaoke di Terminal 2 di sini semalam sedang giat dilakukan oleh polis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an dan berasal dari negeri ini dikatakan menghilangkan diri selepas kejadian itu.
"Polis sedang memburu suspek utama yang dipercayai mencederakan pemuda itu sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia dan kita percaya dia akan ditahan tidak lama lagi.
"Buat masa ini kita masih menyiasat punca dan motif serangan tersebut serta merayu sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat supaya segera menghubungi polis," katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini. - UTUSAN ONLINE