Ahad, 31 Ogos 2014

Penyamun pecah peti besi kebas RM148,000


Kajang: Sebuah pasar raya di bandar ini kerugian RM148,000 selepas peti besi mengandungi wang tunai dipecahkan dua lelaki dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 1 hingga 2 pagi itu, dua suspek memakai penutup muka dan topi memanjat saluran paip sebelum masuk melalui cermin premis.

Difahamkan, suspek turut menggunakan kabel elektrik dari tingkat atas bangunan untuk menggunakan mesin pemotong bagi memecah dinding pejabat operasi yang terletak di tingkat bawah bangunan itu.

Rumah Guan Eng dibaling molotov koktel


Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol 'molotov cocktail' di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 11.48 semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian membaling 'molotov cocktail' ke kawasan parkir rumah ketua menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.

Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan ia meletup dan terbakar selepas dibaling, tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.

"Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah ketua menteri akan dikaji untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada polis," katanya kepada pemberita semalam.

Abdul Rahim berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api. – Bernama, 31 Ogos, 2014.


Rifle, Peluru Dirampas Daripada Suspek Pengedar Dadah

Gambar hiasan

ALOR SETAR: Polis berjaya merampas selaras rifle, beratus peluru dan lapan peket syabu daripada seorang suspek yang disyaki pengedar dadah di Kuala Muda pada Jumaat.

Suspek yang menaiki kereta Proton Wira akhirnya berjaya dihentikan oleh sebuah kereta peronda MPV polis di Jalan Hospital.

Difahamkan anggota polis yang mengejar kenderaan itu turut melepaskan tembakan kearah kereta suspek ketika lelaki itu cuba melarikan diri.

Pencuri Berlian RM1.4 Juta Ditahan Polis


KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang mencuri dua cincin berlian bernilai RM1.4 juta di Bukit Bintang pertengahan bulan ini berjaya ditahan di Zurich, Switzerland pada Khamis.

Pengurus Keselamatan Penjual Barangan Emas Antarabangsa, Martin Winckel berkata, dua penjenayah terbabit ditahan ketika berkeliaran di  Bahnhofstrasse untuk mencuri berlian di sebuah kedai di situ.

Suspek dipercayai warga Taiwan itu pada mula berkunjung ke tiga buah kedai dan menyatakan minat terhadap berlian bernilai tinggi.

Sabtu, 30 Ogos 2014

Dua murid perempuan Tahun 3 dakwa diculik


GEORGETOWN: Dua murid perempuan Tahun Tiga mendakwa diculik di hadapan sekolah mereka di Batu Lanchang di sini, semalam.

Jurucakap polis berkata, murid berkenaan mendakwa mulut mereka ditekup dengan kain oleh dua lelaki sebelum ditarik masuk ke dalam sebuah van berwarna putih dalam kejadian kira-kira 1.45 tengah hari.

"Bagaimanapun, ketika van itu berhenti di sebuah bank di Jalan Masjid Negeri, mangsa menggigit tangan suspek dan dapat meloloskan diri," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika melarikan diri, murid berkenaan terserempak dengan ibu rakan sekolah mereka yang kemudiannya menghantar mereka ke sekolah semula.

Beliau berkata, ibu kepada seorang murid itu yang juga guru di sekolah berkenaan melaporkan kejadian itu kepada polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Abdul Rahman Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu petang semalam.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati tiada saksi melihat kejadian itu dan kes itu sedang disiasat.


Perompak bertopeng larikan RM100,000


Padang Besar: Sekumpulan perompak bertopeng dan bersenjata parang melarikan barang kemas bernilai RM100,00.00 dalam rompakan di sebuah kedai emas berhampiran Balai Baru, Beseri, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa, Chan Sain Lek, 38, kerugian hampir RM100,000 selepas diugut salah seorang perompak terbabit.

Ketika kejadian mangsa berada di kedai sebelum didatangi suspek yang kemudian mengacukan parang ditengkuk mangsa.

Sain Lek berkata, mereka kemudian memaksanya membuka peti besi kedainya sebelum mengambil semua barangan kemas di dalamnya.

Katanya, suspek kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta.


DUA KONSTABEL POLIS DIITAHAN KERANA PERAS UGUT


KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Polis menahan dua anggota polis berpangkat konstabel di Taman Connaught, Cheras, semalam kerana disyaki memeras ugut.

Pemangku Ketua Polis Cheras ACP Abd Rahim Hamzah Othman berkata, kedua-dua anggota polis itu berusia dalam lingkungan 20an dan bertugas di Balai Polis Cheras.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua anggota berkenaan cuba memeras ugut seorang lelaki berusia 31 tahun dengan meminta wang sebanyak RM5,000 daripadanya kerana dipercayai kereta mewah yang dipandunya tidak dibayar cukai, dalam kejadian 8 malam itu, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Lelaki berusia 31 tahun itu turut ditahan untuk siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan bagi peras ugut serta Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan barang belum lulus kastam. 

Jumaat, 29 Ogos 2014

Sarjan Polis 24 tahun Dituduh Lagi Terima Rasuah


SHAH ALAM (Klik) - Seorang anggota polis yang berpangkat Sarjan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini berhubung kesalahan menerima rasuah dalam kes yang berkaitan dengan dadah

Sarjan Mohd Faridzuddin Hamzah, 24, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Selangor mengaku tidak bersalah memperoleh suapan RM500  sebanyak dua kali sebagai dorongan untuk menyelesaikan satu kes narkotik. 

Mohd Faridzuddin didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 April 2014 dan 5 Mac 2014 di Tingkat 1, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang. 

Khamis, 28 Ogos 2014

RASUAH: PEGAWAI POLIS DIDENDA RM5,000 TERIMA SUAPAN RM300


IPOH, 28 Ogos (Bernama) -- Seorang pegawai polis dikenakan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menerima suapan RM300 dua tahun lepas.

Hakim Madihah Harullah menjatuhkan hukuman itu terhadap ASP Shuib Abdul Samad @ Zainul dan memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar didakwa menerima suapan itu dengan tiada balasan daripada Tan Tiong An.

Sejumlah Bahan Letupan Ditemui Disembunyikan


RAUB: (Klik) Sejumlah bahan letupan dan alat peletup ditemui disembunyikan dalam empat kotak di salah sebuah stor konkrit di Rumah Pam, Bukit Kolam Air, dekat sini, Selasa.

Bahan letupan yang terdiri daripada sejumlah 600 dinamit yang masih aktif, beberapa gulungan wayar pengecas sepanjang 1700 meter, dan satu kotak berisi detonator itu, ditemui oleh seorang pekerja penyelenggaraan Perbadanan Air Pahang (Paip) ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.

Polis akan ambil tindakan terhadap PPS


KUALA LUMPUR 26 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) berikutan penubuhan pasukan itu tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima makluman rasmi daripada pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa PPS tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

"Sehubungan itu, PDRM menganggap PPS adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966.

Apo Kahumbo Suspek Dalang Kes Culik Dikait Abu Sayyaf Ditahan


KOTA KINABALU: (Klik) Seorang ketua kumpulan terkenal, dipercayai salah seorang dalang di sebalik beberapa insiden penculikan rentas sempadan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf ditahan di selatan Filipina.

Lelaki itu, dikenali sebagai Apo Kahumbo yang menjalankan operasi dari Pulau Tawi-Tawi merupakan individu yang dikehendaki oleh kedua-dua polis Filipina dan Malaysia sejak beberapa tahun.
Dia bersama kumpulan lelaki bersenjatanya turut mempunyai kaitan dengan satu lagi kumpulan penculik terkenal, yang diketuai oleh Muktadil bersaudara, yang dikenal pasti oleh polis Malaysia sebagai bertanggungjawab terhadap kes penculikan di Sabah, baru-baru ini.

Rabu, 27 Ogos 2014

ATM tetap mempertahankan institusi Diraja

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mempertikai dan memperlekeh institusi Diraja di negara ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata adalah menjadi tanggungjawab kementeriannya menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan institusi Diraja yang sering kali dicabar oleh pihak tertentu.
"Pendirian kementerian saya dan Angkatan Tentera jelas, kita tidak kompromi malah dituntut untuk mempertahankan institusi Diraja.
"Institusi Diraja seperti agama dan apa sahaja perkara yang termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang negara merupakan tiang seri ’pillar of nation building’ (tonggak pembinaan negara),” katanya.
Beliau berkata, sekiranya kementerian itu dan ATM tidak memikul tanggungjawab ini dengan serius, akan ada pihak tertentu memperlekehnya dari segi agama, kaum dan Raja-Raja Melayu.
Hishammuddin berkata, demikian ketika diminta mengulas tindakan pihak yang memperlekeh institusi Diraja di negara ini. - Bernama


Selasa, 26 Ogos 2014

Kereta barang kes musnah dibakar oleh pihak tertentu ???


Kuala Terengganu: (Klik) Tiga buah kereta termasuk satu daripadanya yang menjadi barang kes bagi perbicaraan satu kes dadah pada September ini musnah dalam kebakaran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun semalam.
Dalam kebakaran jam 4.40 pagi itu, tiga kereta Proton Wira yang diletakkan di tempat barang kes berhampiran stor senjata IPD Dungun musnah dipercayai sengaja dibakar pihak tertentu.
Menurut sumber, kejadian itu disedari seorang anggota yang bertugas di pondok pengawal di hadapan IPD Dungun sebelum dimaklumkan seorang anggota lain mengenai satu kebakaran kereta.

Rangka Lelaki Dewasa Dalam Tangki Kumbahan



KOTA BHARU: (Klik) Enam sekeluarga terkejut apabila tengkorak dan beberapa tulang manusia ditemui dalam tangki kumbahan sedalam lapan meter di rumahnya di Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan. Hal itu diketahui selepas kerja menyedut sisa kumbahan selesai.

Siasatan awal pihak polis mendapati rangka tersebut adalah lelaki asia dan di klasifikasikan mati mengejut. Walaubagaimana pun siasatan akan dijalankan bagi menentukan punca kematian.

Isnin, 25 Ogos 2014

KEKOSONGAN JAWATAN INSPEKTOR DAN SARJAN DIBUKA KEPADA PEGAWAI KOR SUKSIS


Shah Alam, 24 Ogos - Sekurang-kurangnya 80peratus (KLIK) daripada kekosongan jawatan Inspektor dan Sarjan akan dibuka kepada pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), bermula tahun depan.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata bagaimanapun, proses pengambilan khas ini tertakluk kepada keadaan semasa dan syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti memperoleh CGPA 3.00 ke atas semasa tamat pengajian, bebas daripada Lembaga disiplin tatatertib universiti serta bebas daripada rekod siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

LELAKI MYANMAR MATI DIBUNUH


BUKIT MERTAJAM, (KLIK) 24 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki rakyat Myanmar ditemui mati berlumuran darah di lorong belakang sebuah hotel di Kampung Baru di sini semalam.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa, 28, dilapor terlibat dalam pergaduhan dengan sekumpulan pekerja asing di asramanya yang terletak di tingkat tiga bangunan rumah kedai berkenaan.

Ahad, 24 Ogos 2014

PENCULIK DIKENAL PASTI

Adik Beradik Muktadil Suspek Kes Penculikan di Sabah - Polis

SEMPORNA: Polis telah mengesahkan adik beradik Muktadil sebagai suspek utama dalam siri penculikan dan pembunuhan yang berlaku di kawasan sempadan timur Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata dua suspek utama yang berjaya dikenalpasti ialah, Nilson Muktadil berusia lingkungan 30an dan Badong yang berusia 40 an.

Beliau menambah pihak berkuasa kini sedang berusaha mengenalpasti identiti seorang lagi rakan subahat kumpulan tersebut. 

Sabtu, 23 Ogos 2014

400 Rumah Setinggan Bakal Dirobohkan Di Lahad Datu


LAHAD DATU: Sejumlah 925 orang dipercayai pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam Op Gasak 26 yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di Kampung Air Lahad Datu, di sini Sabtu.

Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata daripada jumlah itu, 243 adalah lelaki dewasa, 331 wanita dewasa, 164 kanak-kanak lelaki dan 187 kanak-kanak perempuan.

Beliau berkata kesemua mereka dibawa ke Dewan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu untuk tapisan dan pengesahan dokumentasi pihak Jabatan Imigresen.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Pasangan Suami Isteri Merompak, Menyamar Pegawai Rela

Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri ditahan dipecayai menjalankan kegiatan merompak dengan menyamar sebagai pegawai Rela.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, kedua-duanya mereka yang biasanya menjadikan warga asing sebagai sasaran akan bertindak menakut-nakutkan mangsa sebelum melakukan rompakan.

"Pegawai kami sedang membuat rondaan apabila mereka ternampak pasangan di dalam sebuah kenderaan yang mencurigakan.

Rangka Bayi Ditemui Dalam Beg Sekolah

Gambar hiasan
ALOR SETAR: Rangka bayi dijumpai dalam beg sekolah di sebuah kebun di Kampung Genting Palas, Kuala Nerang dekat sini, Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Terap, ASP Chang Kut Choy berkata rangka berkenaan dipercayai milik bayi yang baru lahir ditemui dua pekebun yang sedang menebas di kawasan itu kira-kira 6 petang.

"Mereka terjumpa sebuah beg sekolah yang apabila dibuka terdapat satu rangka bayi. Turut ditemui dalam beg itu pakaian sekolah," katanya. 


Beliau berkata kes itu masih disiasat.

Dua Ditahan Disyaki Gubah Wang Haram Hampir RM20 Juta


MELAKA: Dua lelaki termasuk seorang pegawai bank pada Khamis ditahan selepas disyaki terlibat melakukan penggubahan wang haram membabitkan nilai RM19.2 juta.

Kedua-dua-dua lelaki terbabit ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman kira-kira 3 petang ketika hadir untuk memberi keterangan mengenai kes itu di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini.

Khamis, 21 Ogos 2014

Pemburu Maut Terkena Peluru Rakan


IPOH: Seorang lelaki maut selepas terkena serpihan peluru yang ditembak rakan ketika kedua-duanya berburu babi hutan di sebuah kebun kelapa sawit di Pasir Garam, Kampung Gajah.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata mangsa, Mohd Sarjidi Ibin berumur linkungan 50-an dan suspek, 55, yang merupakan rakannya ke kebun terbabit untuk memburu babi hutan kira-kira pukul 1.30 tengah hari Selasa.

Lelaki Ditembak Ketika Sedang Makan Malam


IPOH: Seorang lelaki berusia 49 tahun ditembak ketika makan malam kuil di Dewan Kutien di Ayer Tawar, 70 kilometer dari Bandaraya Ipoh.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, insiden berlaku pada Selasa, 7.40 malam apabila seorang penyerang yang tidak dikenali masuk ke dewan dan melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.

"Mangsa mengalami kecederaan di lengan sebelah kanan.

Dua kakitangan Hospital Pitas Ditahan Kes Penipuan Pinjaman Koperasi


KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah memberkas dua kakitangan Hospital Pitas kerana disyaki memalsukan cap dan tandatangan bagi tujuan mendapatkan pinjaman wang daripada cawangan sebuah koperasi, Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah, Superintendent Saiman Kasran berkata pihak Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibupejabat Polis Daerah Kudat menahan kedua-dua lelaki terbabit yang berumur 38 dan 44 tahun di hospital itu.

Rabu, 20 Ogos 2014

Enam Penjawat Awam Antara 13 Yang Ditahan SPRM


KUANTAN: Sebanyak 13 individu ditahan di negeri ini atas kesalahan menawarkan rasuah kepada pihak berkuasa untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang atas pelbagai kesalahan dalam tempoh Januari hingga Jun lepas.

Pemangku Pengarah Penolong Kanan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Zainul Darus berkata daripada jumlah itu enam individu merupakan penjawat awam manakala tujuh lagi merupakan orang awam.

"Kesemua individu itu menghadapi 16 pertuduhan dan didakwa di mahkamah atas kesalahan memberi atau menawarkan rasuah.

Remaja 15 Tahun Rogol Ibu Kandung

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun selepas dipercayai merogol ibunya pada Rabu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Cheras di sini.
Menurutnya, dalam kejadian itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan pulang dalam keadaan mabuk sebelum tertidur di bilik anaknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...