Selasa, 26 Ogos 2014

Kereta barang kes musnah dibakar oleh pihak tertentu ???


Kuala Terengganu: (Klik) Tiga buah kereta termasuk satu daripadanya yang menjadi barang kes bagi perbicaraan satu kes dadah pada September ini musnah dalam kebakaran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun semalam.
Dalam kebakaran jam 4.40 pagi itu, tiga kereta Proton Wira yang diletakkan di tempat barang kes berhampiran stor senjata IPD Dungun musnah dipercayai sengaja dibakar pihak tertentu.
Menurut sumber, kejadian itu disedari seorang anggota yang bertugas di pondok pengawal di hadapan IPD Dungun sebelum dimaklumkan seorang anggota lain mengenai satu kebakaran kereta.
"Sebaik sampai di tempat kejadian, tiga buah kereta Proton Wira yang juga barang kes bagi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dungun sedang terbakar menyebabkan anggota terbabit segera menghubungi anggota Bomba dan Penyelamat untuk tindakan lanjut.
"Hasil siasatan dijalankan mendapati salah satu kereta yang terbakar dipercayai adalah barang kes bagi satu kes perbicaraan mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada September depan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dengan kes disiasat menngikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...