PETALING JAYA, 13 Jan
(Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini
mengesahkan dua pengebom berani mati yang terbabit dalam kejadian serangan
militan di Iraq dan Syria baru-baru ini adalah rakyat Malaysia.
"Sebelum ini ada
seorang rakyat kita terbabit dalam serangan bom. Sekarang dua orang lagi.
Setakat ini tiga rakyat Malaysia terbabit dalam kes serangan bom.
"Mereka ini
bukan sahaja tidak takut untuk mati tetapi berhasrat untuk melakukan sesuatu
perkara yang orang tidak terfikir hendak buat," katanya pada sidang media
selepas merasmikan majlis penerimaan pesawat kedua A400M dan Hangar A400M di
Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang dekat sini.