Khamis, 14 Januari 2016

Wanita ditemui mati dekat kebun kelapa sawit di Beaufort

KOTA KINABALU - Polis menemui mayat seorang wanita di tepi jalan kebun kelapa sawit berhampiran rumah murah Kampung Taman Muhibbah di Beaufort, semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, ketika ditemui kira-kira jam 3.50 petang, terdapat kesan lebam pada mata kiri dan hentakan di sebelah kanan kepala Jum Dala, 42.

Katanya, terdapat koyakan pada baju mangsa selain tudung dan seluar panjangnya tertanggal, manakala seluar panjang dalam masih dipakainya.


"Siasatan di tempat kejadian juga menemukan sebatang besi paip panjang kira-kira enam kaki berhampiran mayat mangsa, yang dipercayai digunakan oleh suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, jarak tempat kejadian ialah kira-kira satu kilometer dari jalan utama dan kawasan itu tidak mempunyai bekalan elektrik serta berhutan. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...