Selasa, 2 Oktober 2012

Tembakan disangka mercun

Gambar hiasan

KLANG: “Sewaktu hendak tidur kira-kira jam 4 pagi, saya dikejutkan dengan bunyi letupan di luar kawasan rumah. Saya sangka itu bunyi mercun, tapi pagi tadi baru saya tahu ia bunyi tembakan,” kata seorang lelaki mengenai kejadian tembakan di rumah jirannya di Taman Sri Andalas, di sini, semalam.

Menurut lelaki enggan dikenali itu, ia kejadian tembakan pertama yang berlaku sejak dia sekeluarga tinggal di rumah berkenaan sejak 16 tahun lalu. Difahamkan, sewaktu kejadian, mangsa bersama ahli keluarga berada di dalam rumah dan kesan tembakan yang dilepaskan dapat dilihat di beberapa kawasan rumah seperti di tingkap, pagar dan tiang.


Serang pembantu tadbir: 3 beradik diburu polis

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU — Polis kini sedang giat memburu tiga beradik berusia 20an yang dipercayai menyerang dan memukul seorang Pembantu Tadbir berusia 50 tahun di Bukit Tunggal di sini, Sabtu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira 7.45 malam itu mangsa yang bertugas di Jabatan Pendidikan Marang itu sedang berada di sebuah kedai makan sebelum diserang kumpulan remaja itu.
"Ekoran kejadian itu mangsa tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, perut serta badan akibat dipukul dengan objek tumpul.
"Siasatan awal mendapati kumpulan itu bertindak demikian kerana perselisihan faham dengan anak mangsa, namun kumpulan itu gagal mengesan anak mangsa berusia 20an itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.- BERNAMA

Mayat terbakar ditemui di kawasan semak

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR — Mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar 60 peratus dijumpai di kawasan semak berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Puchong di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, mayat itu ditemui seorang lelaki yang terhidu bau busuk ketika melalui kawasan berkenaan kira-kira pukul 6 petang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...