Memaparkan catatan dengan label Tembakan Rambang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tembakan Rambang. Papar semua catatan

Ahad, 1 September 2019

INSIDEN TEMBAKAN RAMBANG BERLAKU LAGI DI TEXAS


TEXAS 1 Sept. - Sekurang-kurangnya lima orang terkorban dalam satu insiden tembakan rambang di negeri ini.

Lapor BBC, seorang lelaki menembak ke arah orang ramai ketika memandu di bandar Odessa dan Midland pada tengah hari semalam.
Jurucakap polis turut mengesahkan sekurang-kurangnya 30 lagi cedera dan beberapa anggota polis antara yang tercedera.
Polis juga mengesahkan suspek ditembak mati namun laporan mengenai terdapat seorang lagi suspek yang masih bebas, sedang disiasat.
Motif kejadian juga masih disiasat. - AGENSI

Sabtu, 31 Januari 2015

Dua pusat beli-belah di Sibu jadi sasaran tembakan


SIBU: Dua pusat membeli-belah di sini menjadi sasaran tembakan hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Kamal Kordi berkata, tiga das tembakan dilepaskan ke arah Wisma Sanyan di Jalan Sanyan sementara sedas tembakan lagi disasarkan kepada pasar raya Premier di Jalan Kampung Nyabor.

Beliau berkata, pihaknya percaya kejadian berlaku malam tadi tetapi dilaporkan secara berasingan pada pukul 1.15 tengah hari dan 4.15 petang tadi.

Motif kejadian belum diketahui, namun tidak menolak kemungkinan ia dilakukan pihak yang sama, katanya.

Kamal berkata, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut.

Polis meminta mereka yang mempunyai maklumat kejadian tersebut untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Sentral Sibu. - BERNAMA


Selasa, 9 September 2014

Kediaman menjadi sasaran tembakan rambang


Kepala Batas: Seorang lelaki bingung selepas kediamannya menjadi sasaran tembakan rambang oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di Lorong Seri Bertam 3, Taman Sri Bertam 3 pagi tadi.

Ketika kejadian mangsa berusia 35 tahun tidak ada di rumah namun isterinya berusia 33 tahun dan empat anak sedang nyenyak tidur di dalam kediaman itu ketika tembakan terbabit dilepaskan. 

Ahad, 7 April 2013

LAPAN CEDERA TERKENA TEMBAKAN RAMBANG - WOW NAK NAK JADI SPT AMERIKA SYARIKAT KE?

Gambar hiasan

Johor Bahru, 6 April - Lapan orang yang sedang menikmati makanan di sebuah restoran di Jalan Dedap, Johor Jaya, di sini cedera setelah terkena tembakan rambang yang dilepaskan tiga lelaki bertopeng dalam kejadian hari ini.

Ketika kejadian 1.30 pagi itu, kesemua mangsa sedang duduk di sebuah meja bulat mencuba resipi baharu yang diperkenalkan pemilik restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainudin berkata secara tiba-tiba tiga lelaki bertopeng melepaskan tembakan daripada kereta yang mereka naiki.

Selasa, 2 Oktober 2012

Tembakan disangka mercun

Gambar hiasan

KLANG: “Sewaktu hendak tidur kira-kira jam 4 pagi, saya dikejutkan dengan bunyi letupan di luar kawasan rumah. Saya sangka itu bunyi mercun, tapi pagi tadi baru saya tahu ia bunyi tembakan,” kata seorang lelaki mengenai kejadian tembakan di rumah jirannya di Taman Sri Andalas, di sini, semalam.

Menurut lelaki enggan dikenali itu, ia kejadian tembakan pertama yang berlaku sejak dia sekeluarga tinggal di rumah berkenaan sejak 16 tahun lalu. Difahamkan, sewaktu kejadian, mangsa bersama ahli keluarga berada di dalam rumah dan kesan tembakan yang dilepaskan dapat dilihat di beberapa kawasan rumah seperti di tingkap, pagar dan tiang.


Rabu, 19 September 2012

Wanita maut terkena tembakan rambang di Sungai Petani

Gambar hiasan

SUNGAI PETANI: Seorang wanita maut terkena tembakan, manakala tiga yang lain parah ditetak selepas sekumpulan lebih 20 lelaki menyerang kawasan kediaman di Kampung Bukit Lembu, dekat Jalan Bukit Selambau, di sini, malam tadi. 

Wanita berusia 52 tahun itu maut selepas terkena satu daripada tiga das tembakan yang dilepaskan kumpulan berkenaan secara rambang ketika menyerang kampung itu kira-kira jam 11 malam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...