Rabu, 28 Oktober 2015

Kedai Emas Jalan Tuanku Hassan Dirompak

SEREMBAN: Sebuah kedai emas kerugian RM50,000 selepas dua penjenayah melarikan barang kemas dalam kejadian di Jalan Tuanku Hassan, di sini Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, dua penjenayah dipercayai  seorang lelaki dan seorang wanita yang memakai topi keledar menutup muka,  memecahkan cermin pameran dan mengambil barang kemas tersebut.
Kedua-dua suspek bertindak melarikan diri dengan sebuah motosikal yang disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Semasa kejadian, tiada pelanggan di dalam kedai dan hanya terdapat seorang pekerja berada di bahagian hadapan, manakala dua lagi pekerja di belakang kedai berkenaan.

IPK Johor, Melaka Terima Timbalan Ketua Polis Baharu


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Selasa mengumumkan pertukaran enam pegawai kanan berkuat kuasa 30 November ini.

Ketua Komunikasi Korporat Urus Setia Ketua Polis Negara PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan berkata mereka termasuk Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman pemangku DCP Datuk Aishah Mohamad yang dilantik Timbalan Ketua Polis Johor.
SAC Datuk Ruslan Hassan yang sebelum ini Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Melaka.
Jawatan Ruslan akan diganti pemangku SAC Azisman Alias yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.  - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...