Rabu, 18 Jun 2014

Polis Buru Tahanan Lolos Dari Mahkamah


GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang sepatutnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki dadah, meloloskan diri selepas kenderaan polis yang membawanya tiba di perkarangan mahkamah itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata suspek dikenali sebagai Mohamad Faisal Naina Mohamad, 40, digari secara berangkai bersama-sama 14 orang kena tuduh (OKT) lain sebelum dia secara tiba-tiba melepaskan diri selepas dibawa turun daripada kenderaan itu.
 
"Suspek berada di barisan paling hujung secara tiba-tiba dapat melucutkan tangan daripada gari dan melarikan diri dengan memanjat pagar mahkamah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Adun Seri Delima Ditahan


GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, R.S.N. Rayer ditahan polis berhubung kenyataan 'celaka' yang diucapkannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Beliau dijangka didakwa kerana menghasut pada Khamis.

Rayer yang ditemani oleh ahli exco kerajaan negeri, Jagdeep Singh Deo tiba di Ibu Pejabat Polis George Town kira-kira pukul 3.45 petang Rabu.
Difahamkan 14 individu yang menceroboh masuk ke dalam DUN baru-baru ini turut akan didakwa dibawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...