Isnin, 10 Julai 2017

RUSUHAN GANAS DI KLCC

KUALA LUMPUR - Kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini gempar apabila sekumpulan lelaki secara tiba-tiba ‘merusuh’ serta mencetuskan kekecohan dengan membaling botol ke arah orang ramai yang berada di kawasan itu.

Lebih 20 lelaki berpakaian hitam, bertopeng dan mengibar bendera merah berada di kawasan tumpuan pelancong itu kira-kira 10 pagi dan dilihat memaki hamun pihak polis serta pengawal keselamatan apabila diminta bersurai secara aman.

Mereka turut bertindak merempuh dan memukul anggota polis sebelum anggota pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan tembakan meriam air bagi menyuraikan mereka.

Bagaimanapun, insiden selama satu jam itu hanyalah latih amal Ex-Rimau 2017 yang diadakan di KLCC sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Ke-29 yang akan berlangsung bulan depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...