Selasa, 1 Januari 2013

Laporan polis melalui 'online'


Laporan polis melalui 'online'
KOTA BHARU - Polis Kelantan bersedia menerima aduan masyarakat melalui laporan polis dalam talian (online) yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan bagi menyediakan perkhidmatan terbaik di samping memudahkan pasukan menjalankan siasatan dengan lebih efisien.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, beliau menyambut baik pelaksanaan portal terbabit yang dapat membantu meningkatkan mutu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Portal berkenaan yang dibangunkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) itu juga turut memberikan kemudahan kepada masyarakat membuat laporan secara terus tanpa perlu datang ke balai polis dengan hanya melayari internet.

Mahu siasatan dilakukan segera


Mahu siasatan dilakukan segera
GUA MUSANG – Tiga Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Kelantan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang petang semalam, bagi mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera isu tanah di kawasan Hutan Simpan Sungai Relai, dekat sini.

Mereka dari Persatuan Belia 4B Gua Musang, Majlis Belia Felda Kelantan dan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Gua Musang yang diwakili pengerusi persatuan masing-masing kecuali Pemuda Umno diwakili Ahli Jawatankuasa (AJK) pemuda bahagian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...