Khamis, 7 Jun 2012

NIZAR DITUDUH MAHKAMAH DIBAWA AKTA HASUTAN


Polis ambil keterangan Nizar

IPOH 6 Jun - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memberi keterangan selama sejam kepada pihak polis berhubung kenyataannya yang didakwa mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau yang ditemani oleh dua peguamnya, memberi keterangan kepada dua pegawai penyiasat yang datang dari Balai Polis Skudai, Johor mulai pukul 3.30 petang di Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini.

Pada sidang akhbar selepas itu, Mohammad Nizar memberitahu, beliau memberi kerjasama penuh kepada pasukan penyiasat itu untuk melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

"Saya telah beri jawapan kepada sejumlah 28 soalan. Saya jawab kesemuanya. Saya telah beri kerjasama kepada pihak berkuasa yang datang dari jauh," katanya.

SERBUAN JUDI PIALA EURO 2012 DIJANGKA MENINGKAT ???


Image Detail

270 serbuan Piala Dunia 2010

KUALA LUMPUR 6 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan sebanyak 270 serbuan terhadap sindiket judi bola sepak di seluruh negara sepanjang berlangsungnya kejohanan bola sepak Piala Dunia, dua tahun lalu, membabitkan pertaruhan keseluruhan sebanyak RM419.2 juta.

Penolong Pengarah (Pencegahan) Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd. Zaki Masroh mendedahkan, daripada jumlah itu, sebanyak 151 serbuan memperoleh kejayaan.

Katanya, dalam keseluruhan serbuan itu juga, D7 telah membuat penahanan seramai 227 individu termasuk 17 wanita di seluruh negara.

"Sindiket ini biasanya dimonopoli golongan lelaki tetapi ada juga wanita yang terlibat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pengawal parah ditembak lima das


Image Detail
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU 6 Jun - Seorang pengawal keselamatan cedera parah selepas ditembak sebanyak lima das di perutnya oleh dua penjenayah dalam satu rompakan ketika mengiringi majikannya yang juga pengurup wang di Jalan Datuk Suleiman, di sini malam tadi.

Mangsa berusia 40-an itu terkena lima das tembakan yang dilepaskan dua penjenayah yang bersenjatakan pistol dari jarak 10 meter dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam.

106 pesalah Bersih 3.0 terus diburu sampai bila ???


KUALA LUMPUR 6 Jun - Pasukan Cantas yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memburu perusuh perhimpunan haram Bersih 3.0 yang wajah mereka disiarkan sebelum ini dan masih berdegil enggan menyerah diri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin (gambar) berkata, sehingga kini, Pasukan Cantas telah menahan seramai 35 daripada 141 individu yang dikehendaki dengan 10 daripadanya telah didakwa.

“Polis tidak akan berdiam diri, sebaliknya Pasukan Cantas yang ditubuhkan ini giat mengesan mereka yang terlibat berdasarkan gambar wajah-wajah yang telah dikeluarkan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Menurut Mohd. Bakri, polis juga bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengesan mana-mana individu yang mirip dengan gambar yang telah dikeluarkan PDRM itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...