Sabtu, 2 Mac 2013

PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU ADALAH RANCANGAN ANWAR IBRAHIM


Mayat anggota komando Vat 69 yang terkorban
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bertindak segera mengikut kesesuaian situasi di Lahad Datu, Sabah.

"Pemerintah di medan sudah diberi mandat untuk bertindak sama ada penceroboh terbabit menyerah diri atau menerima kesan yang lebih buruk. Penceroboh sudah menyebabkan anggota kita terkorban jadi tiada lagi tempoh untuk mereka," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Parlimen Pekan, di sini, hari ini. 

Najib berkata dalam kejadian pagi tadi dua anggota polis terbunuh, tiga lagi cedera manakala 10 hingga 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh. 

Beliau berkata, kejadian yang berlaku di Kampung Tanduo kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu itu adalah di luar jangkaan pasukan berkuasa selepas kumpulan penceroboh itu mara sejauh 1.5 km dari kubu mereka.

"Perkara yang paling saya elakkan iaitu pertumpahan darah akhirnya berlaku sehingga menyebabkan dua anggota kita terkorban," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...