Rabu, 5 September 2012

Bekas ahli Dewan Negara disamun


Hunaizah Mohd Nor
BACHOK - Bekas ahli Dewan Negara dan Ketua Dewan Muslimat Pas Ketereh, Hunaizah Mohd Nor, 68, terpaksa bertarung beberapa minit mempertahankan dirinya dalam kejadian samun yang berlaku awal pagi Rabu lalu.
Beliau yang disergah secara melulu oleh seorang lelaki berusia 20-an di belakang rumahnya, berjaya direbahkan sebelum diikat kaki, tangan dengan mata dan mulut ditutup.
Suaminya, Yunus Abdul Rahman, 70, ketika itu berada di kebun mereka yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah.

Niat seorang lelaki membantu mangsa ragut bertukar tragedi apabila dia maut


Mohd Majdi Abd Hamid
BEDONG – Niat seorang lelaki membantu mangsa ragut bertukar tragedi apabila dia maut selepas dua hari dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani kerana kecederaan parah di kepala akibat hentakan kuat.
Mangsa, Mohd Majdi Abd Hamid, 33, sempat menarik beg tangan yang berada dalam genggaman suspek dan berlaku pergelutan sebelum terjatuh.
Akibat hentakan kuat, Mohd Majdi mengalami kecederaan parah di kepala dan tidak sedarkan diri manakala seorang suspek berjaya ditahan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian sementara seorang lagi rakannya melarikan diri.

Warga emas mati disamun, bunuh


Negeri Serambi Mekah, adalah negeri yang paling selamat sekali di Malaysia ???
PASIR PUTEH - Tanda tanya seorang anak mengenai ibunya yang tidak kembali semula ke majlis rumah terbukanya setelah pulang mengambil senduk dan sudip di rumahnya terjawab apabila warga emas itu ditemui mati dibunuh dengan kesan kecederaan di kepala di rumahnya di Kampung Jeram di sini petang semalam.
Mayat mangsa, Wan Kelthom Wan Husin (gambar kecil), 68, ditemui cucunya, Nik Mohamad Irham Razali, 13, kira-kira pukul 1 petang selepas diarahkan oleh ibunya, Raja Zailah Raja Hussin, 40, supaya ke rumah mangsa setelah warga emas itu pulang ke rumahnya pada pukul 10 pagi. Jarak antara rumah Raja Zailah dari rumah mangsa kira-kira 100 meter.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...