Ahad, 21 Jun 2015

Pemerdagangan Manusia: Beberapa Rakyat Malaysia Ditahan


KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan beberapa tangkapan terhadap rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis telah dilakukan.

"Bukan sahaja waran tangkap tapi tangkapan juga telah dilakukan," katanya kepada pemberita sebelum majlis berbuka puasa bersama 200 anak yatim dari kawasan Parlimen Bagan Datoh di Kompleks Beli-Belah Sogo di sini Sabtu.

Beliau ditanya sama ada waran tangkap telah dikeluarkan terhadap rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dalam sindiket itu yang terbongkar selepas penemuan kem tahanan di Wang Kelian, yang dipercayai menjadi lokasi mengurung pelarian Rohingya dan pendatang dari Bangladesh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...