TEMBOK SEMPADAN antara Malaysia dan Thailand di
sepanjang Laluan Keselamatan dan Pembangunan (Kesban) dilihat SUDAH USANG sehingga mampu mengundang aktiviti penyeludupan
dari negara jiran ke negara ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan
Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, DATUK
SERI ZULKIFLI ABDULLAH berkata,
ada beberapa bahagian pada tembok sempadan terbabit sudah rosak.
“Jika dilihat tembok sempadan sepanjang 29
kilometer ini sudah lama dan usang sehingga MEMBERI ANCAMAN
PENYELUDUPAN SAMA ADA PENYELUDUPAN MANUSIA DAN BARANGAN TERLARANG ke
dalam negara ini.
“Jarak 29 kilometer itu membabitkan tembok sempadan
di sepanjang laluan Kesban dari Bukit Kayu Hitam, Kedah sehingga ke Padang
Besar, Perlis,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Ramadan Pengarah KDNKA
Bersama Petugas Op Wawasan Kedah dan Perlis di Pos BKC 7, Padang Besar, hari
ini.
Zulkifli berkata, tembok sempadan terbabit tidak
diselenggara sehingga pihaknya terpaksa menambah anggota Pasukan Gerakan Am
(PGA) bagi memastikan keselamatan sempadan negara ini.
“Setakat ini pegawai dan anggota bertugas di Laluan
Kesban di Sempadan Malaysia-Thailand seramai 208 orang dan 29 KILOMETER ITU TERLALU PANJANG bagi memastikan aktiviti penyeludupan dapat dikekang dengan jumlah
terbabit.
“Sekiranya tembok terbabit tidak diselenggara atau
ditukar, ia tidak mencukupi untuk mengawal sempadan dua negara memandangkan kes
penyeludupan sering berlaku di kawasan ini (Kesban) kerana tempatnya terpencil.
“Sekiranya tembok terbabit dapat diselenggara, PGA
tidak perlu menambahkan anggotanya dan rondaan dari semasa ke semasa menjadi
lebih sistematik,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya berharap agar kerajaan
dapat memberikan perhatian terhadap isu itu berikutan ia membabitkan
keselamatan negara daripada ancaman luar.
Sementara itu, menurutnya, bermula dari awal tahun
ini sehingga April lalu, anggota PGA yang mengawal di sepanjang Laluan Kesban
di Perlis, Kedah dan Kelantan berjaya merampas pelbagai barangan bernilai lebih
RM1.3 juta.
Katanya, antara barang dirampas terdiri daripada ketum dan senjata api,
malah jumlah itu antara kejayaan terbesar buat PGA pada tahun ini.
Sumber: KLIK DISINI