SEREMBAN - Seramai 142 ANGGOTA POLIS DIKESAN POSITIF DADAH dalam saringan awal menerusi Op Blue
Devil yang dijalankan di setiap kontinjen bermula 13 Ogos lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)
Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, operasi berkenaan tidak
pernah dihentikan dan pihaknya sentiasa menjalankan pemeriksaan secara
berterusan serta menyeluruh.
“Kita tidak akan hentikan (Op Blue Devil) kerana
pucuk pimpinan (Polis Diraja Malaysia) berhasrat untuk membersihkan PDRM ini
daripada gejala tidak sihat khasnya dadah.
“Kita tidak boleh ada pegawai polis yang ada ‘BRAIN DISEASES’ dalam PDRM, pasukan PDRM mesti bersih,”
katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan
di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk
Mohamad Mat Yusop.
Mohd Khalil berkata, sehingga tempoh ini tiada
pegawai berpangkat tinggi yang dikesan positif dadah.
“Apabila disebut saringan awal bermakna positif
awal. Semua daripada 142 tadi, kita akan tuduh jika laporan daripada patologi
positif.
“Tindakan yang kita ambil adalah sama seperti
tindakan yang kita ambil kepada orang awam. Tiada perbezaan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Khalil berkata, PDRM
tidak mempunyai sebarang halangan mengenai dasar ‘decriminalisation’ terhadap
penagih dadah yang hendak dilaksanakan kerajaan.
Menerusi dasar itu, penagih dadah tidak lagi
dilihat sebagai pesalah jenayah sebaliknya memerlukan rawatan dan pemulihan
yang melibatkan rawatan dalam komuniti dengan memperkasakan peranan anggota
keluarga dan masyarakat.
Artikel Penuh :
KLIK DISINI