Jumaat, 9 Mei 2014

LEBIH 3,000 PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL DARI KAUM CINA


Kuala Lumpur, 8 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 3,314 permohonan untuk jawatan konstabel daripada masyarakat Cina sejak dua bulan lepas, kata Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan) PDRM Bukit Aman, ACP Saiful Azly Kamaruddin.

Beliau berkata jumlah permohonan itu adalah paling tinggi pernah dicatat dalam sejarah PDRM.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,094 merupakan permohonan dari golongan lelaki dan 1,220 permohonan kaum perempuan," katanya dalam sesi wawancara Perkembangan Eksesais Pengambilan Khas Jawatan Konstabel dalam Kalangan Kaum Cina dalam Kerjaya PDRM 2014 di sini hari ini.

Beliau berkata calon akan disenarai pendek bermula 25 Mei ini sehingga bulan Jun dan mereka yang dipilih perlu menghadiri sesi ujian fizikal dan temuduga.

Bilangan kaum Cina yang berkhidmat dalam PDRM ketika ini hanya 1.87 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja PDRM.

Saiful Azly berkata kelonggaran syarat bagi kaum Cina adalah hanya perlu lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus keputusan V/6/9 dalam ujian penglihatan mata atau dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.

Crime Alert: Jerat Keluarga ‘Tipu’


Wanita seksi dan lelaki ‘jambu’ digunakan sebagai umpan oleh sekumpulan penjenayah untuk memerangkap mangsa yang dikenali melalui laman facebook (FB) sebelum bertindak memeras ugut mereka.

Kumpulan ini dipercayai bergerak aktif sekitar Lembah Klang dan dipercayai telah memperdayakan lebih daripada seorang mangsa.

Ikuti MO dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.

Modus Operandi

- Suspek berkenalan dengan mangsa menerusi laman sosial Facebook sebelum dipelawa berjumpa

- Suspek terdiri daripada lima hingga tujuh individu yang bertindak sebagai ‘ahli keluarga’
- Mangsa akan diumpan dengan suspek di kalangan wanita yang seksi atau lelaki ‘jambu’ di laman facebook sebelum berjumpa.

- Dalam pertemuan, suspek akan menuduh mangsa mencabul atau melakukan perbuatan tidak senonoh sebelum memanggil ‘ahli keluarganya’ bagi mendapatkan bantuan.

- Suspek lain yang bertindak sebagai ‘ahli keluarga’ kemudiannya akan bertindak memukul mangsa sebelum memeras ugut untuk mengenakan denda yang digelar ‘dam’ selain merampas barang milik mangsa sebagai penyelesaian

Nasihat

- Tidak mudah percaya dengan individu yang ingin berkenalan dalam waktu yang singkat
- Kenal pasti identiti suspek sebelum meneruskan perbualan menerusi laman sosial

- Jangan mudah percaya dengan janji-janji manis yang diberikan oleh suspek dalam perbualan menerusi laman sosial facebook

- Sekiranya mangsa mengajak untuk berjumpa, pastikan anda ditemani atau hadir dalam kumpulan bagi memastikan tidak terpedaya dengan taktik digunakan suspek

- Kenal pasti suspek yang terlibat seperti jenis kenderaan yang dinaiki, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...