Isnin, 6 Ogos 2012

Lelaki ditemui hangus mati kena tetak di dahi

Gambar hiasan

SHAH ALAM: Kematian seorang lelaki yang ditemui hangus dibakar di Tanah Perkuburan Islam Padang Jawa, di sini, kelmarin, berpunca daripada tetakan kuat pada dahi mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Mazlan Othman berkata, hasil bedah siasat juga mendapati mangsa ada kesan luka di belakang kepala.


“Polis percaya mangsa ditetak menggunakan senjata tajam sebelum dibakar, dipercayai bertujuan menghapuskan bukti.



“Siasatan juga tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibawa ke tanah perkuburan dan ditimbun dengan kayu dan dibakar dengan minyak petrol,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Mazlan berkata, siasatan juga mendapati mangsa adalah warga asing kerana tiada kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG) pada tangan kiri mangsa.

Anggota polis parah ditikam selepas nikah


PADANG BESAR: Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar parah ditikam bekas suami wanita yang dinikahinya di Pekan Siam, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa berusia 55 tahun parah di badan akibat ditikam seorang lelaki selepas majlis akad nikah dia dan wanita berkenaan selesai dijalankan.


Akibat tikaman itu, mangsa yang baru beberapa bulan bertugas di Unit Peronda IPD Kangar dikejarkan ke klinik pekan sempadan itu, namun kemudian dirujuk ke Hospital Hatyai, Thailand apabila keadaannya semakin parah.


Sumber polis Thailand berkata, mangsa ditikam di Pekan Siam oleh seorang lelaki, dipercayai bekas suami wanita yang dinikahinya.


“Pihak berkuasa Thailand di Pekan Padang Besar mengenal pasti suspek dan gerakan memburu dilakukan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...