Jumaat, 4 September 2015

Bersih 4.0: 207 laporan polis diterima

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Sebanyak 207 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung tindakan biadab memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa perhimpunan haram minggu lalu.

Jumlah laporan polis yang direkod Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bermula 31 Ogos sehingga semalam dan angka itu dijangka meningkat berikutan tidak puas hati orang ramai, termasuk penyokong parti politik UMNO dan Pas terhadap kebiadaban peserta Bersih 4.0 yang terlibat.

Daripada jumlah itu, laporan polis daripada pihak UMNO paling tinggi dicatat iaitu 95, diikuti badan bukan kerajaan (NGO) sebanyak 67 laporan termasuk dua daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Bersih 4.0: PDRM Guna Gambar, Video Kesan Lebih Ramai Individu

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti bukti daripada gambar dan video sewaktu perhimpunan haram Bersih 4 hujung minggu lepas bagi mengesan lebih ramai individu untuk membantu siasatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata tindakan tersebut perlu diambil bagi merakam percakapan dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan jika terbukti bersalah.

"Polis akan memanggil lebih ramai lagi yang terlibat dalam Bersih selain tujuh individu yang dipanggil ke Bukit Aman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...