MELAKA: Dua
penjenayah warga asing ditembak mati
selepas berbalas tembakan dengan
polis dalam satu cubaan pecah masuk sebuah pasar raya di Bandar Baru Sungai Udang, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, suspek
masing-masing dipercayai warga asing berusia lingkungam 30-an mati di tempat
kejadian manakala seorang lagi rakan mereka dapat melarikan diri ke kawasan
semak berhampiran pasar raya tersebut.
Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Jalil
Hasan berkata, seorang suspek bersenjata pistol itu terlebih dahulu melepaskan
beberapa das tembakan manakala seorang lagi melibas parang ke arah pihak polis
biarpun telah diberi amaran.
“Hasil risikan dan maklumat awam, polis
telah melakukan rondaan di tempat kejadian dan mendapati tiga suspek itu
menaiki sebuah kereta jenis Honda City tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan di kawasan
pasar raya terbabit.