Khamis, 17 Ogos 2017

Lima Ditahan Dalam Serbuan Bahagian Anti Keganasan

KUALA LUMPUR: Lima lelaki, tiga daripada mereka warga Pakistan, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) susulan operasi fasa ketiga secara besar-besaran yang diketuai oleh Bahagian Anti Keganasan Bukit Aman di pusat komersial Nilai 3.

Operasi itu yang turut dilakukan di pelbagai lokasi di Lembah Klang dijalankan menjelang Sukan SEA yang akan bermula pada Sabtu.

Difahamkan rakyat Pakistan terbabit, bersama dua rakyat Malaysia, ditahan selepas pihak berkuasa merampas parang dan beberapa keping pasport asing daripada mereka.

"Kami menyiasat semua sudut, termasuk kemungkinan mereka terlibat dalam sindiket pemalsuan pasport," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...