Ahad, 29 November 2015

Charles Nak Lari Ke Mana ???

Adik Kevin Morais Pengecut Lari Ke Luar Negara
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan adik kepada mendiang Datuk Kevin Morais sebagai pengecut kerana melarikan diri ke luar negara selepas membuat dakwaan berhubung kes pembunuhan abangnya.

Beliau berkata, Charles meninggalkan negara ini melalui Johor Baru pada kira-kira pukul 1.30 pagi Khamis, selepas membuat dakwaan pada malam sebelumnya.

"Dia seorang lelaki yang sangat tidak bertanggungjawab. Ini yang dikatakan sebagai "pukul curi" kerajaan. Lelaki jenis apa dia ini?

Sabtu, 28 November 2015

Wanita Jadi Penyelamat Tangkap Peragut Lepas Meragut

Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Tindakan pantas seorang wanita menghalang sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki yang baru meragut wanita lain dengan  menggunakan keretanya, berjaya menahan suspek berkenaan di Lebuh Chulia, di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, peragut berusia 39 tahun berkenaan telah meragut seorang wanita berusia 58 tahun yang berada di tepi jalan.

Semasa kejadian, wanita berkenaan sedang menunggu rakannya dan tiba-tiba datang sebuah motosikal ditunggang suspek, bertindak menarik beg tangan mangsa yang disangkut pada bahu kanannya.

Inspektor minum cecair pencuci dalam lokap SPRM

KOTA BHARU, 27 November: Pegawai polis berpangkat Inspektor yang direman selama tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II selepas dikatakan cuba membunuh diri.

Suspek dipercayai bertindak meminum cecair pencuci badan yang dibekalkan kepadanya dalam kejadian pada malam Rabu lalu.

Difahamkan, suspek ditahan Selasa lalu dan dikenakan perintah reman selama seminggu bagi membantu siasatan SPRM membabitkan kes rasuah RM15,000 bersabit satu kes curi kenderaan.

Khamis, 26 November 2015

TIADA BELAS KASIHAN KEPADA PENGEDAR DADAH

Kuala Lumpur, 26 Nov –Kelicikan dua warga Afrika yang cuba menyembunyikan dadah jenis syabu bernilai RM 2 juta di dalam alat "Smart Balance Wheel" berjaya dikesan dan dipatahkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman dengan kerjasama pasukan Skuad Taktikal Khas Perisikan Narkotik (STING), Bukit Aman dalam dua serbuan berasingan di Kajang, Selangor, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Dato' Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi berkata, kejayaan terbaru tersebut adalah hasil maklumat risikan dan siasatan serta intipan yang rapi oleh pihaknya dalam usaha untuk melumpuhkan saki baki kumpulan dadah awang hitam di sekitar Lembah Klang.

POLIS KELANTAN TAHAN EMPAT LELAKI, RAMPAS DUA PISTOL

Kota Bharu, 26 Nov - Polis Kelantan menahan empat lelaki dan merampas dua pucuk pistol dalam dua serbuan berasingan di Gua Musang dan Pasir Puteh, Jumaat lepas.

Ketua Polis Kelantan, Dato' Mazlan Lazim berkata, dalam serbuan pertama pada 3.30 petang, tiga lelaki masing-masing berusia 22, 26 dan 29 tahun ditahan berikutan penemuan sepucuk pistol dalam sebuah kereta di Felda Ciku 6, Gua Musang.

Katanya, pistol tertera tulisan Colt Super .38 Auto berserta satu kelopak peluru itu dijumpai di bawah tempat duduk pemandu sebuah kereta milik suspek.

Isnin, 16 November 2015

Polis Tahan Suspek Pancung, Bawa Lari Kepala Mangsa


IPOH: Polis menahan seorang pemandu lori selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan di Jalan Kampung Batu 4, Slim River dekat Tanjung Malim berikutan penemuan mayat seorang lelaki di dalam longkang tanpa kepala awal pagi Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Goh Kok Liang berkata suspek berumur 35 tahun itu ditahan di rumah bapanya di Kampung Air Jada, Gerik, pada 2 petang tadi.

"Polis menemui sebilah parang panjang kira-kira 0.8 meter, satu beg silang mengandungi sebilah pisau panjang kira-kira 0.15 meter.

Serbuk Putih Di Kementerian Kesihatan


PUTRAJAYA: Polis pada Sabtu mengesahkan serbuk putih yang disyaki berbahaya yang dihantar menggunakan kiriman pos laju ke pejabat Menteri Kesihatan semalam merupakan serbuk Vitamin C.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata pengesahan itu dibuat berdasarkan keputusan ujian yang dilakukan Makmal Penyelidikan Bomba di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
"Saya mengesahkan analisa yang dibuat ke atas serbuk putih yang membuatkan warga Kementerian Kesihatan gempar semalam ialah ascorbic acid atau vitamin larut air iaitu Vitamin C dan ia tidak berbahaya," katanya ketika dihubungi.

Ahad, 15 November 2015

PDRM Siap Siaga Tahap Optimum Hadapi Kemungkinan Berlaku Keganasan

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berada di tahap siap siaga optimum dengan penambahan kekuatan anggota bagi menghadapi kemungkinan berlaku keganasan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 minggu depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai tuan rumah persidangan itu, keselamatan setiap pemimpin negara-negara ASEAN dan rakan dialog menjadi keutamaan.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata PDRM khususnya Bahagian Counter Terrorism kini lebih berhati-hati dan berwaspada terhadap apa jua aktiviti yang disyaki membabitkan keganasan.

RASUAH: Pengarah Imigresen Perak, Penolong Penguatkuasa di Reman

IPOH, 15 Nov (Bernama) -- Pengarah Imigresen Negeri Perak dan seorang penolong penguatkuasa jabatan berkenaan, yang ditahan reman sejak Khamis lepas kerana disyaki menerima dan meminta rasuah daripada pemilik sebuah pusat hiburan di Sitiawan, dibebaskan hari ini.

Peguam Mohamed Yazzer Azzad Zainudin, yang mewakili kedua-dua suspek, berkata mereka dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jumaat, 13 November 2015

Bapa Empat Anak Ditembak Lima Kali Meninggal Dunia

KAJANG: Empat anak kepada seorang lelaki yang ditembak lima kali di depan mata mereka, kini menjadi anak yatim apabila bapa mereka meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Kesawan Aramuggam, 28, yang ditembak sebanyak lima kali oleh penyerang tidak dikenali di Semenyih pada Jumaat lalu, meninggal dunia pada Selasa.

Polis kini mengklasifikasikan insiden tersebut sebagai kes bunuh.

Di bilik mayat Hospital Kajang, bapa Kesawan berkata dia tidak memahami mengapa ada orang yang sanggup membunuh anak lelakinya.

Warga Emas Terima Tujuh Jahitan Akibat Ditetak

Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang lelaki warga emas menerima tujuh jahitan di kepala akibat ditetak dalam kejadian samun di Felda Keratong 4, Rompin dekat sini, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata mangsa berusia 65 tahun ditetak kerana tidak mengendahkan amaran empat pencuri yang masuk ke bilik tidurnya supaya tidak membuat bising.

Dalam kejadian antara pukul 2.30 hingga 3.30 pagi itu, salah seorang suspek menutup muka dengan topeng dan bersenjatakan parang.

Rabu, 11 November 2015

1,550 saman dalam Ops Khas Trafik LPT2


Kuala Nerus: Sebanyak 1,550 saman dikeluarkan dengan 802 saman membabitkan kesalahan memandu melebihi had laju sepanjang empat hari Operasi Khas Trafik Lebuh Raya Pantai Timur 2 yang tamat semalam.

Daripada jumlah itu, 748 saman lagi membabitkan lain-lain kesalahan selain empat lelaki berusia 29 hingga 45 tahun turut ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Selain itu, operasi yang membabitkan 27 pegawai dan 103 anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bersama Bukit Aman dan IPK Johor turut menahan dua lelaki mengikut Seksyen 15 (1) ADB 1952.

Azmin Diminta Jangan Persoal Tindakan Polis Panggil Anaknya


PUTRAJAYA: Polis meminta Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak menjadikan alasan peperiksaan bagi mempersoalkan tindakan polis memanggil anaknya untuk direkodkan keterangan berhubung penglibatan dalam perhimpunan Bersih.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata anak lelaki Mohamed Azmin sebenarnya dipanggil untuk memberi keterangan sejak September lepas, namun gagal memberikan kerjasama.

Beliau menjelaskan polis pada awalnya hanya memaklumkan kepada pelajar berusia 15 tahun itu melalui panggilan telefon untuk hadir memberi keterangan bagi mengelak sebarang kekecohan.

Selasa, 10 November 2015

Pengurus Restoran Mangsa Culik Di Sandakan Dibebaskan

PETALING JAYA: Salah seorang daripada dua rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf dibebaskan ketika usaha untuk membebaskan tebusan kedua sedang giat dilakukan.

Pengurus restoran makanan laut di Sandakan, Thien Nyuk Fun, 50, kembali ke pangkuan keluarganya pada awal pagi Isnin selepas enam bulan berada dalam tahanan kumpulan tersebut.

Isnin, 9 November 2015

Lelaki Hina Polis Trafik Wanita Di Facebook Ditahan

KUANTAN: Padah menghina anggota polis di laman sosial Facebook, seorang lelaki ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Teluk Sisek di sini awal pagi Sabtu, kurang sejam selepas memuat naik status berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata lelaki berusia 23 tahun yang berasal dari Permatang Badak, Bukit Rangin di sini sebelum itu  disaman dalam satu sekatan jalan raya atas kesalahan mengubahsuai ekzos oleh seorang anggota polis trafik wanita kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Lima Das Tembakan Dilepaskan Lelaki Bertopeng

KAJANG: Seorang pekerja syarikat lori kini dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang akibat lima das tembakan yang dilepaskan lelaki bertopeng di sini, Jumaat.

Kejadian pada pukul 4.14 petang itu berlaku ketika mangsa yang berusia 28 tahun sedang membeli alat tulis bersama anaknya yang berusia tiga hingga 10 tahun di sebuah kedah di Taman Tasik Keruma, Semenyih.
Polis masih menyiasat motif kejadian kerana cubaan membunuh. Mangsa ditembak di bahagian dada.

PENGEDAR DADAH MENGGUNAKAN NO PENDAFTARAN PALSU SINGAPURA DITAHAN

HULU TERENGGANU - Operasi Khas Trafik Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) hari ketiga semalam menyaksikan polis berjaya membongkar penemuan dipercayai daun ketum dan dadah jenis pil.

Ia terbongkar susulan penahanan sebuah Toyata Estima atas kesalahan memandu melebihi had laju.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ajil itu, polis mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki empat lelaki itu turut menggunakan nombor pendaftaran palsu dari Singapura.

Sabtu, 7 November 2015

ANGGOTA RELA TERLIBAT DALAM PEMBALAKAN HARAM

SETIU -  Tindakan dua lelaki termasuk seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) melepaskan tembakan bagi menghalang pihak berkuasa dalam usaha membanteras kegiatan pembalakan haram mengundang padah apabila mereka diberkas pasukan polis.

Mereka yang dipercayai terlibat dalam aktiviti tersebut dikatakan melepaskan dua das tembakan menggunakan senapang patah dalam kejadian berhampiran Hutan Simpan Gunung Tebu, dekat bandar Permaisuri  di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi itu, dua suspek berusia 38 dan 43 tahun bertindak demikian bagi bagi sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Perhutanan Terengganu yang dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas dua buah motosikal suspek yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pembalakan haram itu.

Selasa, 3 November 2015

Empat Sekeluarga Ditahan, Disyaki Terlibat Dalam Empat Kes Bunuh


IPOH: Polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, dekat sini, minggu lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata penahanan itu susulan laporan kehilangan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat Tapah pada 25 Oktober lepas.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pahang, Tapah kira-kira pukul 1.30 tengah hari, pada 26 Oktober lepas.

Isnin, 2 November 2015

Dua Penjawat Awam Antara Lapan Suspek Militan Yang Ditahan


KUALA LUMPUR: Lapan suspek militan rakyat Malaysia telah ditahan dalam operasi berasingan di Selangor, Perak dan Johor, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara berkata, suspek yang berusia antara 22 dan 36 tahun ditahan dalam serbuan serentak di tiga negeri itu oleh Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman pada 30 Oktober lalu.

"Enam daripada suspek dipercayai anggota Tandzim Al-Qaeda manakala dua lagi mempunyai hubungan dengan militan Negara Islam (IS)," kata beliau dalam satu kenyataan, Isnin.

Abdul Jabbar diburu polis bantu kes dadah

BALIK PULAU - Polis giat memburu seorang lelaki yang dikenali dengan nama Abdul Jabbar Mohd. Ali, 39, (Gambar) bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.
Abdul Jabbar dengan kad pengenalan bernombor 760508-07-5321 dikesan menggunakan alamat terakhir di 527 MK D, Jalan Bharu, 11000 Balik Pulau di sini.
Dia diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di Balik Pulau untuk membantu polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A(2)ADB 1952.

Justeru, orang ramai yang mengenali penama terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Suhaimi Mat di talian: 019-2327008.

Ahad, 1 November 2015

PPS cegah keganasan pelajar


KUALA NERUS - Polis Terengganu melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) akan mempergiatkan lagi program dalam usaha untuk mencegah keganasan melibatkan pelajar, termasuk kes buli.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata, pendekatan secara proaktif itu diambil bagi memberi lebih kesedaran undang-undang kepada pelajar supaya mereka tidak terjebak dengan aktiviti yang boleh merosakkan masa depan.

“Tidak dinafikan mereka (pelajar) naif mengenai undang-undang dan sebab itu kita ambil pendekatan dengan melantik PPS ini, di mana setiap dua kali sebulan pegawai (PPS) ini akan melawat sekolah berkenaan bagi kenal pasti masalah yang berlaku.

PDRM terus laksanakan operasi had laju di LPT2

KEMAMAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melaksanakan operasi had laju di sepanjang laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut lebuh raya tersebut.

Pegawai Penguatkuasa dan Operasi Trafik Bukit Aman, Deputi Superintendan Mustaffa Bakri Salleh berkata, menerusi operasi had laju yang dilakukan di LPT2 itu pihaknya mendapati masih ramai pengguna yang gagal mematuhi had laju yang ditetapkan.

Katanya sepanjang operasi tersebut sebanyak 203 saman telah dikeluarkan kepada pemandu yang memandu melebihi 110 Kilometer sejam manakala 38 lagi membabitkan lain-lain kesalahan trafik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...