Khamis, 31 Julai 2014

Cubaan letup 8 mesin ATM gagal


HULU SELANGOR 29 Julai - Dua penjenayah mengambil kesempatan cuti umum Hari Raya Aidilfitri untuk meletupkan lapan buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank menggunakan dua buah bom buatan sendiri dalam kejadian di Jalan Melati 2b, Bukit Beruntung, di sini hari ini.

Bagaimanapun usaha kedua-dua penjenayah itu gagal apabila salah satu daripada bom jenis phyrotechnic yang diperbuat daripada paip PVC itu tidak meletup dan hanya menyebabkan bahagian hadapan premis bank tersebut musnah sementara mesin ATM yang hendak dipecah tidak berjaya dibuka.

PENJENAYAH NEKAD 21 diikat, RM100,000 lesap

Gambar hiasan
PASIR SALAK 30 Julai - Sambutan Aidilfitri sebuah keluarga di Kampung Sejagop, Seberang Perak dekat sini bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kerugian RM100,000 selepas kediaman mereka dipecah masuk lima lelaki bersenjatakan parang awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, seramai 21 ahli keluarga di rumah itu yang balik kampung untuk menyambut raya turut diikat dan diugut akan dicederakan jika membuat bising.

Menceritakan detik cemas tersebut, salah seorang ahli keluarga mangsa, Mohamad Kamsul Abdul Karim, 33, memberitahu, dia menyedari kediamannya di­pecah masuk setelah dikejutkan oleh kumpulan lelaki berkenaan.

Zahid Hamidi Dan Ketua Polis Negara Berlepas Kiev Malam Ini



SEPANG, 30 Julai (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar malam Rabu berlepas ke Kiev, Ukraine, dalam misi siasatan lanjut nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Ahmad Zahid berkata beliau bersama KPN akan mengetuai 68 anggota polis dari pelbagai unit untuk bersama pasukan keselamatan antarabangsa bagi melakukan siasatan lanjut.

"Setakat ini tiga negara menganggotai siasatan insiden MH17 iaitu Belanda, Malaysia dan Australia. Saya dijadualkan akan menemui Presiden Ukraine Petro Poroshenko untuk mengemukakan surat rasmi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan perompak diburu


BANTING - Pihak polis masih memburu sekumpulan perompak bersenjatakan parang yang dipercayai melakukan rompakan di sebuah pasar raya di Banting awal pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak berkata, anggota bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat menerima panggilan telefon daripada pengawal keselamatan sebuah pasar raya memaklumkan mereka telah disamun oleh sekumpulan lelaki dengan bersenjatakan parang dan pisau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...