Sabtu, 2 Januari 2016

Empat Penjenayah Ditembak Mati Di Bintulu

KUCHING: Polis menembak mati empat lelaki awal pagi Jumaat yang disyaki terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga rompakan bersenjata dilaporkan di Bintulu, bulan lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata insiden itu berlaku dalam pukul 1 pagi semasa tiga pasukan D9 sedang menjalankan rondaan mencegah jenayah di Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu, kira-kira 600km dari sini, berikutan beberapa rompakan yang berlaku sebelum ini.

Beliau berkata semasa rondaan, pasukan itu ternampak empat lelaki yang berkelakuan mencurigakan dalam sebuah kereta Toyota Vios dan sejurus mereka menyedari kehadiran polis, pemandu kereta itu memecut ke arah Miri.

Anggota TLDM Ditahan Disyaki Cuba Cabul Rakan Setugas

LUMUT: Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berumur 21 tahun ditahan selepas disyaki cuba mencabul kehormatan rakan setugasnya yang juga anggota TLDM di sebuah stor di Pangkalan TLDM, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Chong Boo Khim berkata dalam kejadian pada Rabu lalu kira-kira pukul 10 malam, mangsa yang berumur 30-an dikatakan berada di dalam sebuah stor bangunan tempat kerjanya sebelum pintu stor berkenaan diketuk suspek dari luar.

Hak Pertahankan Diri Tidak Bermakna Anda Boleh Bunuh Seseorang

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya meneliti peruntukan undang-undang dibawah Seksyen 99 Kanun Keseksaan bagi memahami hak untuk mempertahankan diri sebelum membuat sebarang andaian, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata demikian bagi mengulas siasatan berhubung keputusan untuk mendakwa seorang lelaki yang membunuh perompak ketika cuba mempertahankan dirinya di Terengganu.
Pertuduhan itu mencetuskan kemarahan di kalangan netizen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...