Sabtu, 2 Januari 2016

Anggota TLDM Ditahan Disyaki Cuba Cabul Rakan Setugas

LUMUT: Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berumur 21 tahun ditahan selepas disyaki cuba mencabul kehormatan rakan setugasnya yang juga anggota TLDM di sebuah stor di Pangkalan TLDM, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Chong Boo Khim berkata dalam kejadian pada Rabu lalu kira-kira pukul 10 malam, mangsa yang berumur 30-an dikatakan berada di dalam sebuah stor bangunan tempat kerjanya sebelum pintu stor berkenaan diketuk suspek dari luar.


"Mangsa yang sedang bertugas kemudiannya membuka pintu berkenaan dan terkejut kerana lelaki berkenaan tiba-tiba menumbuk di bahagian kepala mangsa sebelum menolak mangsa sehingga kepala mangsa terkena almari. "Suspek kemudiannya menindih badan mangsa

Mangsa cuba menjerit namun mulutnya ditutup dengan tangan suspek, mangsa kemudiannya mengigit jari suspek sebelum menolak suspek dan melarikan diri sebelum dibantu seorang rakan setugasnya yang lain," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Chong berkata mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada keesokan harinya iaitu pada Khamis, pukul 4 petang.

"Suspek kemudiannya ditahan oleh anggota keselamatan TLDM sebelum ditahan pihak polis kira-kira pukul 10 malam tadi untuk menjalankan siasatan lanjut."Ketika ditahan, suspek mempunyai kecederaan di bahagian ibu jari tangan kanan dipercayai akibat digigit dan kesan calar di bawah bibir kanan," katanya.

Chong berkata mangsa dan suspek saling mengenali antara satu sama lain.Beliau berkata suspek kini ditahan dan direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...