Ahad, 28 Oktober 2018

19 AHLI KONGSI GELAP BERSENJATA DITANGKAP


ISKANDAR PUTERI 27 Okt. – Cubaan 19 LELAKI DIPERCAYAI AHLI KONGSI GELAP untuk membalas dendam di kawasan Pangsapuri Jasa, Mutiara Rini gagal apabila mereka ditahan di sini semalam.

Mereka yang berusia 13 hingga 21 tahun itu dan BERSENJATAKAN EMPAT BILAH PARANG DITANGKAP pukul 8.15 malam kerana dikatakan tidak berpuas hati selepas terlibat dalam satu kes pergaduhan DI TAMAN UNGKU AMINAH, SKUDAI, dekat sini sebelum ini.

KETUA POLIS DAERAH ISKANDAR PUTERI, ASISTEN KOMISIONER DZULKHAIRI MUKHTAR berkata, pihaknya menahan semua suspek selepas menerima panggilan orang awam memaklumkan perkara tersebut sebelum laporan dibuat di Ba­lai Polis Mutiara Rini.

“Selepas itu, pegawai dan anggota pasukan petugas Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kira-kira 30 lelaki de­ngan sebahagiannya dilihat memegang senjata, di­percayai pe­dang ma­suk ke kawasan pangsapuri itu.

“Tangkapan di­bu­at terhadap me­reka kerana merusuh dan memiliki senjata berbahaya serta menganggotai pertubuhan ha­ram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Ka­kisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Artikel Penuh: KLIK DISINI © Utusan Melayu (M) Bhd 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...