Isnin, 14 Mei 2012

JSJN Bukit Aman tumpaskan sindiket pil khayal dalam 3 serbuan serentak


Image Detail
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket pil khayal Eramin 5 dalam 15 serbuan serentak di Klang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, kelmarin. 

Pengarah JSJN, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata polis berjaya merampas 88,000 pil Eramin 5 dan 282.62 kilogram serbuk yang boleh menghasilkan 2.3 juta pil itu yang keseluruhannya bernilai lebih RM43 juta.

Ganjaran RM10,000 tahan pembunuh ejen hartanah

Image Detail


KUALA LUMPUR: Wang tunai RM10,000 ditawarkan kepada mana-mana individu yang boleh menyalurkan maklumat tepat hingga tertangkapnya pembunuh seorang ejen hartanah wanita, Cheng Choi Mooi.

Ketua Pasukan Petugas MCA Kepong, Tan Kok Eng berkata, tawaran itu bagi menyatakan rasa simpati dan marah dengan kematian tragis yang menimpa wanita berusia 39 tahun itu dan berharap polis menjalankan siasatan terperinci hingga menemui pembunuh mangsa.

Pengurus wanita parah ditikam


Image Detail
KUALA LUMPUR 13 Mei - Disebabkan terlalu marah kerana dipecat, seorang bekas warden sebuah rumah kebajikan di Jalan SS 14, Subang Jaya dekat sini hilang kewarasan apabila bertindak menikam bertubi-tubi seorang pengurus wanita di kediaman itu semalam.

Dalam kejadian tengah malam itu, mangsa berusia 50 tahun yang merupakan Pengurus Rumah Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh iaitu sebuah pertubuhan yang memberi perlindungan kepada remaja perempuan hamil luar nikah, bernasib baik kerana tikaman tersebut tidak membunuhnya.

Peniaga ikan cedera ditembak


Gambar hiasan

BUTTERWORTH 13 Mei - Seorang peniaga ikan hiasan nyaris maut selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan seorang penjenayah ketika mangsa berehat di pekarangan sebuah tokong di Taman Teratai dekat Mak Mandin di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12.15 tengah malam itu, suspek yang memakai topi keledar tiba-tiba muncul dari arah belakang dan terus melepaskan tiga das tembakan ke arah Eng Ee Sook, 47, namun hanya satu mengenai bahu kiri mangsa.

33 warga Malaysia diburu Interpol


KUALA LUMPUR 13 Mei - Seramai 22 daripada 33 rakyat Malaysia yang nama mereka kini disenarai sebagai buruan polis antarabangsa (Interpol), dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam pelbagai kesalahan berkaitan jenayah komersial.

Antara kesalahan tersebut adalah penipuan dokumen seperti memalsukan kematian dan kad kredit, penipuan dalam urusan pinjaman wang, kecurian maklumat serta penipuan dalam teknologi maklumat.

Polis siap sedia buru 121 peserta Bersih


KUALA LUMPUR 14 Mei - Polis akan melancarkan operasi memburu besar-besaran terhadap 121 peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang belum menyerah diri setelah diberi tempoh seminggu untuk berbuat demikian.

Sehingga petang ini, hanya 21 individu daripada 141 peserta menyerah diri atau ditahan, setelah gambar mereka diedarkan kepada media minggu lalu dan tempoh tersebut tamat esok, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar. - UTUSAN

2 pelancong dirogol & diliwat di Kelantan...


KOTA BHARU - Percutian dua warga Switzerland bertukar tragedi apabila mereka dirogol dua lelaki tempatan yang berpura-pura membantu mendapatkan perkhidmatan di sebuah agensi pelancongan, di sini, Rabu lalu. Mangsa, Mirjam Tuena, 25 dan Mechele@ Weber 25, dipercayai tiba dari Pulau Perhentian, Terengganu kira-kira jam 2.20 petang, sebelum menyelesaikan urusan visa untuk ke Bangkok di kedutaan Thailand di sini.

 Selepas selesai urusan terbabit, Mirjam dan Mechele berjalan pulang ke hotel penginapan mereka di Jalan Pintu Pong, di sini sebelum ditegur oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Assistan Komisioner Azham Othman berkata, lelaki terbabit kemudiannya bersetuju membantu dua wanita itu untuk dibawa ke agensi pelancongan bagi menguruskan perjalanan mereka ke Bangkok, Thailand.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...