Jumaat, 2 Mei 2014

STING DAN POLIS KELANTAN RAMPAS 7.1KG PIL YABA DAN SYABU



Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar melalui akaun twitternya hari ini merakamkan ucapan syabas kepada pasukan STING (Pasukan Taktikal Khas Risikan Narkotik ) dan Polis Kelantan di atas kejayaan merampas 7.1 kilogram pil Yaba dan Syabu.

Empat orang suspek turut ditangkap dalam operasi di Bachok, Kelantan.

Ketua Polis Negara turut melaungkan azam dan semangat warga PDRM untuk terus memerangi jenayah dadah.


PASUKAN CANTAS KHAS WANITA KONTINJEN PAHANG DIPERKEMAS


Kuantan, 2 Mei - Pasukan Cantas Khas Wanita Kontinjen Pahang diminta menjalani latihan secara berterusan, sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi mengekalkan ketangkasan ketepatan dan fokus terhadap tugas.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, ini kerana pasukan tersebut akan menjalankan kerja-kerja operasi bagi membanteras serta memerangi kegiatan jenayah dan diletakkan di bawah seliaan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri.

"Untuk sentiasa mencapai tahap terbaik, pasukan ini harus sentiasa membuat latihan secara berterusan bagi menambah keyakinan diri kerana kalau tidak yakin, mungkin sukar apabila mereka berada di lapangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Kursus Pasukan cantas wanita Kontinjen Pahang di Lapang Sasar SMG, Batalion 7 di Kem Bukit Galing di sini hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...