Jumaat, 10 Januari 2014

Suri rumah rugi RM60,000 disamun

KOTA BHARU: Seorang suri rumah kerugian lebih RM60,000 selepas disamun oleh dua perompak bersenjatakan parang dan pisau di Taman Desa Jaya, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu mangsa berusia 52 tahun dan pembantu rumahnya turut diikat oleh perompak itu sebelum mengeledah rumah mangsa. 
Antara yang barang yang dilarikan termasuk wang tunai RM18,000, barang kemas bernilai RM15,000 dan jam tangan jenama Omega bernilai RM12,000.

Peniaga kedai runcit dirompak

Gambar hiasan
KUALA KRAI: Seorang peniaga kedai runcit kerugian RM4,000 selepas gelang tangannya dirompak oleh tiga lelaki dalam kejadian di Kampung Gatal di sini semalam.
Dalam kejadian jam 2.45 petang itu tiga suspek berkenaan pada mulanya berpura-pura mahu membeli makanan ringan sebelum menyembur mangsa dengan pemedih mata. 
Suspek kemudian merentap gelang tangannya sebelum melarikan diri.

Mayat lelaki berulat ditemui di Ara Kuda

TASEK GELUGOR - Bau busuk yang dihidu beberapa penduduk kampung yang mencari tumbuhan hutan di Kampung Acih, Ara Kuda di sini membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan berulat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mayat lelaki yang dipercayai warga Myanmar itu ditemui oleh penduduk kampung pada pukul 1.30 petang.
Polis menemui satu kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) dipercayai milik mangsa berhampiran lokasi kejadian, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, lelaki itu dipercayai telah mati sejak dua minggu lepas berdasarkan keadaan mayatnya dan polis tidak menolak kemungkinan dia mati di tempat lain sebelum dibuang di kawasan hutan itu.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...