SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan
tetakan di seluruh badan di sebuah kedai runcit di Taman Harmoni, Ijok dekat
sini, Khamis malam.
Dalam kejadian 12 tengah malam itu,
mayat Soe Tin, 31, ditemui terbaring berlumuran darah di premis berkenaan yang
dipercayai diusahakannya sejak setahun lepas.