Selasa, 30 Jun 2015

Keselamatan Sempadan Dicadang Tanggungjawab Ketua Polis Negeri


KUALA LUMPUR: Keselamatan di negeri-negeri yang bersempadan dan kawasan sempadan negara seharusnya diletakkan di bawah ketua polis negeri, supaya segala operasi melibatkan agensi-agensi penguat kuasa terlibat dapat diselaraskan bawah satu arahan.

Bekas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Wira Ayub Yaakob yang mencadangkan perkara itu berkata, ketua polis negeri haruslah diberikan kuasa untuk melakukan segala program, tindakan dan operasi.
"Melalui 'kuasa' ini, seluruh agensi dapat memainkan peranan masing-masing di bawah satu arahan. Ia akan memupuk semangat integrasi nasional antara agensi dalam memastikan keberkesanan keselamatan sempadan supaya tidak longgar," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

Dua Lelaki Termasuk Warga Venezuela Ditahan, Dadah Bernilai RM25 Juta Dirampas


KUALA LUMPUR: Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia menumpaskan dua sindiket dadah dengan penangkapan dua lelaki termasuk warga Venezuela dan merampas dadah bernilai kira-kira RM25 juta Jumaat lepas.

Melalui dua operasi itu, polis merampas dadah jenis kokain seberat 2.8kg bernilai RM672,000 dan syabu seberat 120.65kg berjumlah RM24.13 juta serta menahan dua lelaki, seorang warga Venezuela berusia 62 tahun dan seorang warga tempatan berumur 24 tahun.

Bayi Perempuan Ditinggalkan Di Masjid


GEORGE TOWN: Bayi perempuan yang masih bertali pusat  dan berbalut tuala ditemui di tepi tangga Masjid Sungai Gelugor, di sini Isnin.

Bayi itu ditemui oleh orang ramai yang baru selesai menunaikan solat  Maghrib di masjid berkenaan kira-kira 8 malam.

Seorang saksi, Mohammad Hafiz Mohammad Zaidi, 26, berkata jemaah lelaki dimaklumkan mengenai bayi itu oleh seorang jemaah wanita yang terdengar bunyi tangisan bayi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...