KUALA LUMPUR: Pasukan Khas Taktikal dan
Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia menumpaskan dua sindiket dadah
dengan penangkapan dua lelaki termasuk warga Venezuela dan merampas dadah
bernilai kira-kira RM25 juta Jumaat lepas.
Melalui dua
operasi itu, polis merampas dadah jenis kokain seberat 2.8kg bernilai RM672,000
dan syabu seberat 120.65kg berjumlah RM24.13 juta serta menahan dua lelaki,
seorang warga Venezuela berusia 62 tahun dan seorang warga tempatan berumur 24
tahun.
