SEREMBAN, 29 Dis (Bernama) - Seorang ahli perniagaan berusia 42 tahun
telah ditipu oleh sebuah syarikat yang kononnya terlibat dalam urusan pelaburan
saham, membabitkan kerugian berjumlah RM645,229.
Ketua Polis daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata mangsa
menyedari dirinya ditipu apabila dalam tempoh setahun ini, bermula sejak
Disember tahun lepas, mangsa tidak mendapat sebarang pulangan dari pelaburan
saham yang kononnya diuruskan oleh syarikat terbabit.
"Mangsa membuat bayaran secara berperingkat-peringkat melalui
transaksi bank dan bayaran secara tunai dalam tempoh setahun ini.