Adik Beradik Muktadil Suspek Kes Penculikan di Sabah - Polis
SEMPORNA:
Polis telah mengesahkan adik beradik Muktadil sebagai suspek utama dalam siri
penculikan dan pembunuhan yang berlaku di kawasan sempadan timur Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah,
Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata dua suspek utama yang berjaya dikenalpasti
ialah, Nilson Muktadil berusia lingkungan 30an dan Badong yang berusia 40 an.
Beliau menambah pihak
berkuasa kini sedang berusaha mengenalpasti identiti seorang lagi rakan subahat
kumpulan tersebut.